05 June 2014

Review: Susu Kambing Hi Goat

Assalamualaikum..

Mudahnya mengamalkan sunnah.. Susu kambing merupakan minuman kesukaan Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w.

Agak-agak nya kenapa Rasulullah suka susu kambing?
Berikut ialah antara kelebihan susu kambing:
1. Susu terbaik selepas susu ibu
2. Tidak menyebabkan alahan, kuatkan sistem imunisasi
3. Bersifat alkali baik untuk abdomen
4. Tingkatkan daya kepekaan tumpuan dan ingatan
5. Lancarkan sistem penghadaman dan usus
6. Membantu mengubati kanser
7. Mengubati demam kuning, gastrik dan ulser
8. Mengubati penyakit asma (lelah), penyakit kulit, sukar tidur
9. Membantu merawat senggugut
10. Mengubati darah tinggi & lemah jantung
11. Menghilangkan kahak
12. Memulihkan tenaga batin dan awet muda
13. Mengubati penyakit kencing manis, batuk kering dan gout
14. Mengimbangi gula dalam darah & kolesterol
15. Menguatkan tulang, gigi, otot, sel-sel kulit & tisu saraf
16. Memperbanyakkan pengeluaran susu untuk ibu menyusu

Sifat dan khasiat susu kambing
1. Rendah laktosa - memudahkan pencernaan
2. Tinggi protein - baik untuk pemeliharaan fizikal tubuh
3. Tinggi kalsium - menguatkan tulang, gigi
4. Tinggi selenium - baik untuk ketahanan tubuh
5. PH alkali - hindar dari penyakit kronik seperti kanser
6. Molekul lemak halus - mempercepatkan proses penghadaman

10 sebab mengapa saya suka Hi Goat
1. Antara paling lama produk ni established di pasaran Malaysia
2. Rasanya yang enak
3. Penyediaan mudah dan segera
4. Sesuai untuk semua peringkat umur
5. Sesuai untuk ibu menyusu macam saya
6. Bau yang menyenangkan
7. Tanpa gula
8. Tiada bahan pengawet dan pewarna
9. Tiada bahan tambahan
10. Mudah dibawa semasa travel

Cara Penyediaannya:

Cara menghidangkan sangat mudah, it takes about only 2-3 minutes. Tuangkan 1 sachet Hi Goat ke dalam cawan (seramik atau plastik sahaja), kemudian tuangkan 200 ml air suam (jangan menggunakan air panas, kerana air panas dapat mengurangi khasiat susu), setelah itu kacau dengan sudu plastik secara perlahan dan siap untuk diminum. (Jangan menggunakan sudu aluminium kerana aluminium boleh bertindakbalas dengan molekul susu dan mengurangi khasiat susu). Sesuai untuk meminum susu ini 1-2 kali sehari.

Untuk saya, saya amik sekali sahaja sebelum drive to work early in the morning. Sampai ofis take breakfast with air suam :)

Sekian, wassalam...

4 comments :

  1. done follow sini..
    http://ecahkhalili.blogspot.com/2014/06/genap-32weeks-kaki-membengkak.html

    ReplyDelete
  2. masa pregnant saya amalkan susu higot ni.. orang kata anak tak kuning...rasanya betoi sebab baby memang tak kuning..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. syukur kan Mia.. sama-sama la kita istiqamah mengamalkan meminum susu kambing...

      Delete
  3. ada juga dengar pandangan dari orang lain. supaya minum susu kambing masa mengadung boleh elak alergik susu lembu

    ReplyDelete