25 September 2014

Happy Birthday To Me...

Assalamualaikum...

Hari ini genap usia saya 30 tahun... 25 Sept 2014... 

Alhamdulillah Ya Allah... Subhanallah... dan terima kasih  Allah... kerana...
  1. panjangkan usia saya
  2. murahkan rezeki saya
  3. jodohkan saya seorang suami yang sempurna
  4. kurniakan saya tiga cahaya mata yang soleh dan solehah
  5. berikan kesihatan berpanjangan kepada saya
  6. cucurkan rahmat ke atas saya
  7. kuatkan iman saya
  8. beri hidayah dan petunjuk kepada saya
  9. dan banyak lagi...

Doa dan harapan saya..
Ya Allah sempena genap usiaku ini, Engkau ampunilah dosa-dosaku Ya Allah.. aku bertaubat kepada mu Ya Allah ke atas semua perkataan, pertuturan, pengucapan, penulisan ku sekiranya itu membawa kepada kemungkaran-Mu.. penglihatanku.. pendengaranku.. perlakuanku dan perlakuanku.. selama 30 tahun aku hidup sebagai khalifah mu di muka bumi ini.. aku amat-amat menyesali semua itu.. dan aku berazam untuk tidak mengulanginya lagi ya allah..sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah Engkau ampunilah dosa kedua ibu bapa ku.. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sewaktu akukecil.. Engkau panjangkanlah usia mereka, berikan mereka kesihatan yang berpanjangan.. berikan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ke atas mereka ya allah.. jadikan mereka ibu bapa yang paling berbahagia di dunia dan di akhirat Ya Allah... Kuat kan iman mereka dan rahmatilah dan lindungilah dan peliharalah mereka di bawah syafaat dan jagaanMu Ya Allah...

Ya Allah... Engkau ampunilah segala dosa suamiku.. bantulah dan bimbinglah suamiku untuk menjadi ketua kepada kami sekeluarga.. Berikanlah petunjuk dan hidayah kepadanya untuk dia menjaga, mendidik, membahagiakan kami untuk hidup di dunia ini dan seterusnya membawa kami sekeluarga ke Syurga-Mu yang indah dan abadi Ya Allah... Engkau teguh dan kuat kan imannya untuk dia beribadah kepadaMu Ya Allah.. Engkau tingkatkan tahap kesabarannya Ya Allah... Engkau murahkanlah rezeki yang halal baginya untuk dia menafkahkan kami sekeluarga.. Membantu adik-beradik dan saudara Islam yang lain...

Ya Allah.. Engkau jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah seperti putera dan puteri junjungan besar kami Nabi Muhammad s.a.w. Engkau peliharakan mereka dan rahmatilah mereka sebagaimana Engkau rahmati orang-orang yang beriman kepadaMu... Teguhkanlah iman mereka untuk mentaati semua perintah-Mu dan meninggalkan semua larangan-Mu... Amiin...

Ya Allah Tuhan yang Maha mendengar.. Dengarlah rintihan dan permintaanku ini.. Makbulkan permintaan ku ini.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Penyanyang lagi Maha Pengasih...
Amiin Ya Rabbal Aa'Lamiin...

Jadi, sempena hari lahir saya ni, bos sy Lip Seeng memeterai janji beliau untuk belanja di hari lahir saya.. muahahhahaha suka suka suka.. dia tanya nak makan apa / nak makan kat mana.. dengan yakinnya sy cakap 'I x pernah makan kat Shabu-Shabu lagi..' hahaha... then teruslah kami ke sana.. berlima.. naik kerete Kak Haida..

Kak Sya, Me, Syima
 Bismillah... Jom Makan...
Tom Yam Soup



Antara set2 yang diorder di Restoran Shabu-Shabu, Cyberjaya

Kak Haida, Lip Seeng (Bos yang treated for my birthday)


Thank you Boss!
Alhamdulillah.. Kenyang sgt...

5 comments :

  1. alhamdulillah...Happy birthday Sue!semoga selalu dalam rahmat Allah

    ReplyDelete
  2. happy besday. semoga semua yg dihajatkan tercapai. amin.

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday, Sue :)

    ReplyDelete
  4. eh kak sue! rupanya kita sebaya lah :)

    ReplyDelete