09 September 2014

Kisah Di Sini Ada Jual Ikan Segar

Assalamualaikum.. 
Bismillahirrahmanirrahiim...

Saya nak berkongsi cerita tentang kisah penjual ikan yang saya dengar dekat Radio Ikim FM, diceritakan oleh Ustaz slot motivasi pagi. 

Kisahnya bermula dengan seorang penjual ikan menjual ikan di kedai nya di tepi jalan. Penjual ikan ini meletakkan signboard "Di sini ada jual ikan segar" di tepi jalan berhampiran kedainya. Kemudian datanglah seorang pelanggan A yang ingin membeli ikan di kedainya. Pelanggan A berkata kepadanya "Kenapa letak signboard di sini jual ikan? memang lah ikan dijual di sini bukan tempat lain" Penjual ini pun berfikir dan setuju dengan pelanggan A, dan terus tempah signboard baru iaitu "Jual ikan segar" dan ganti signboard sebelum ini. 

Kemudian datang pula seorang pelanggan B yang ingin membeli ikan di kedainya. Pelanggan B berkata kepadanya "kenapa letak signboard Jual ikan segar?, ikan untuk dijual memanglah segar, mana ada orang jual ikan busuk" Penjual ini pun berfikir dan setuju dengan pelanggan B, dan terus tempah signboard baru iaitu "Jual ikan" dan ganti signboard sebelum ini. 

Kemudian datang pula seorang pelanggan C yang ingin membeli ikan di kedainya. Pelanggan C berkata kepadanya "kenapa letak signboard Jual ikan ?. Memang ikan sahaja yang ada di sini, bukannya ayam" Penjual ini pun berfikir dan setuju dengan pelanggan C, dan terus mencabut signboard itu. 

Sehari demi sehari makin berkuranglah pelanggan yang datang ke kedainya dek kerana tiada signboard tersebut. Penjual ikan ini berfikir semula dan menyesal kerana bertindak mengikut kata orang tanpa fikir panjang..

Kisah ini mengajar kita supaya jangan mudah ambil kisah setiap komen yang diberikan kepada kita terutama komen yang bertujuan menjatuhkan kita sendiri tanpa kita sedari..

4 comments :