Assalamualaikum...
Tips Prof Muhaya..
Kita sebagai manusia perlukan tiga makanan:
1. Makananan jasmani
Makanan harian untuk membangunkan dan mengekalkan kesihatan fizikal/jasad/tubuh dan seluruh anggota badan kita. Makan makanan sunnah InsyaAllah menjamin kesihatan kita untuk beribadat lebih kyusuk kepada Allah.
2. Makanan emosi
Cinta, kasih sayang, restu, doa, pujian, layanan lemah lembut dan baik dan penghargaan diri daripada makhluk dan insan. Keluarga - ibu bapa, adik beradik, suami/isteri, anak-anak, sahabat dalam setiap institusi/organisasi pada setiap waktu dan ketika. Semua perkara baik yang kita buat niat kerana Allah.
3. Makanan rohani
Kebergantungan diri kepada Allah. Redha dan kasih sayang yang berpanjangan daripada Allah untuk kita sebagai hamba-Nya yang soleh. Caranya ialahnya semua amalan seharian kita yang kita buat, niat untuk mencari REDHA Allah.
Wallahualam.
assalamualaikum...
ReplyDeletebiasanya kita lebih titik beratkan makanan jasmani dari rohani. Beli ubat dan vitamin yang mahal-mahal tapi tahajut yang free untuk makanan rohani, kita payah nak buat....
Moga2 perkongsian ini dpt mmbri manfaat buat kita semua
ReplyDelete