05 February 2015

Selamat Hari Lahir Sayang.. Nur Hana Azzalea

Assalamualaikum..

Hari ini 5 Feb 2015, kakak Hana dah genap tiga tahun jagung.. Alhamdulillah.. Doa ummi untuk kakak hana..

"Ya Allah, aku telah kandungkan anak ini dalam rahimku dengan penuh nikmat dan keindahan. Aku bermohon ya Allah sejak anak ini dari kandungan sehingga aku melahirkannya ya Allah, jadilah dari detik itu untuk aku semakin kuat menggandakan abdiku padaMu ya Allah, agar anak ini menjadi anak soleh dan ahli syurga; aku anak yang telah lahir ini juga turut bersama-sama membina dan mengukuhkan ketaatanku padaMu, agar anak kecil ini terus-terusan menjadi hamba yang taat padaMu ya Allah, besar hatinya menegakkan agamanya, di kala disekililingnya ada pendosa dan ahli maksiat, kerana zaman dia membesar adalah akhir zaman, jaga dan peliharakan zuriatku ya Allah, takdirkan jalan hidupnya lurus mentaatiMu, jauhi dia dari kejahatan nafsu yang ada pada dirinya mahupun di sekelilingnya.. Amiin ya Rabbal A'lamin..."


Kakak Hana ikut Alang & Che De jalan-jalan

Kek besday kakak, ummi igt ummi nak buat.. Nk try resepi baru.. Klu jadi nnt ummi share kt blog :)

3 comments :