Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

About Sue AK

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Nama penuh saya Suriana binti Abdul Kadir dan nama samaran Sue. Saya memilih tag name Sue AK GoGeous kerana saya istiqamah mengamalkan minuman kesihatan GoGeous dan saya amat berpuashati dengan kesannya terhadap tubuh saya. Alhamdulillah..

Siapa saya?
Subhanallah dan Alhamdulillah, saya yang bergelar manusia ini:

Dilahirkan pada 25 September 1984 di Felda Neram 1, Kemaman Terengganu oleh ibu saya yang tercinta Puan Zaitun binti Muda.

Sekarang berkerja sebagai Quality Engineer di sebuah syarikat teknologi maklumat.

Bernikah dan menjadi isteri kepada Encik Mohd. Faizal bin Jaafar pada 29 November 2009.

Melahirkan putera pertama iaitu Muhammad Ahnaf Ziqri bin Mohd Faizal pada 11 September 2010

Melahirkan cahaya mata kedua, seorang puteri iaitu Nur Hana Azzalea binti Mohd Faizal pada 5 Februari 2012

Melahirkan putera kedua iaitu Muhammad Anas Zuhayr bin Mohd Faizal pada 24 Oktober 2013.

Farm in the city - 24 Mei 2014
Saya ambil inisiatif untuk aktif berblogging kerana saya ingin berkongsi banyak benda baik yang Allah kurnia dekat saya dan keluarga kepada semua pembaca tercinta yang amat saya kasihi dan hargai.

Terima kasih dan Assalamualaikum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...