Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

23 April 2014

Autisme di Malaysia

Apa itu autisme?

Autisme merupakan satu gangguan atau penyakit kompleks yang melibatkan perkembangan otak. Gangguan ini terdiri daripada tahap yang berbeza, dengan kesukaran dalam interaksi sosial, komunikasi lisan dan bukan lisan dan tingkah laku yang berulang.

Autisme boleh dikaitkan dengan kecacatan akal, kesukaran dalam koordinasi dan fokus motor/saraf dan isu-isu berkaitan kesihatan fizikal seperti gangguan tidur dan sistem penghadaman.

Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit autisme sangat cemerlang dalam kemahiran visual, muzik, matematik dan seni.


Autism

Apakah punca autisme?

Autisme disebabkan oleh gabungan gen yang berisiko autisme dan faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan otak yang awal.

Faktor persekitaran tersebut termasuk sebelum dan semasa proses kelahiran. Contohnya, usia ibu bapa yang lanjut semasa berlaku pembenihan, penyakit tertentu semasa mengandung, kesukaran semasa melahirkan, terutamanya kekurangan oksigen yang sampai ke otak bayi.

Bagaimanakah cara merawat autisme?

Pemulihan awal secara intensif dan menyeluruh melibatkan keseluruhan ahli keluarga pesakit disamping bekerjasama erat dengan pasukan yang profesional. Dalam sesetengah pemulihan awal, ahli terapi datang sendiri ke rumah untuk berkhidmat. Ini termasuklah latihan kepada ibu bapa di bawah pengawasan ahli terapi. Program-program lain termasuklah berkhidmat di pusat khusus, kelas mahupun pra-sekolah.

Pilihan Rawatan untuk kanak-kanak austisme:
  • Kanak-kanak ini menerima aktiviti terapi yang berstruktur untuk sekurang-kurangnya 25 jam seminggu
  • Ahli terapi yang sangat terlatih dan/atau guru-guru perlu untuk melakukan pemulihan. Guru-guru boleh membantu aktiviti pemulihan di bawah pengawasan seorang pakar yang berpengalaman dalam terapi autisme.
  • Pemulihan perlu lebih fokus kepada bahagian utama yang terganggu/bermasalah. Ini termasuklah kemahiran sosial, bahasa dan komunikasi, meniru, kemahiran bermain, kehidupan harian dan kemahiran motor/saraf.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget