Asslamualaikum..
Bagi yang bergelar ibu bapa semestinya bangga dan bersyukur memiliki anak-anak yang soleh dan solehah, bijak, rajin dan taat. Tetapi, ramai ibu bapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan betul dari awal usia anak itu.
Ye, melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Sejak dari lahir kita sebagai ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tingkah laku dan perangai anak2. Oleh itu kita perlu awasi cara kita mendidik anak supaya tidak menyesal kemudian hari.. Anak yang dah besar nak didik dah tak jadi ape dah...
Tahukah anda betapa mudahnya mendidik dan membesarkan anak-anak? Di sini saya ingin kongsikan tips yang perlu ibu bapa praktikkan setiap hari dengan anak-anak di rumah, biarpun sesibuk mana anda dengan tugas di pejabat anda.
Ambil dan curi masa untuk:
1. Senyum
Senyum kepada anak kita akan merangsang minda dan perasaan anak menjadi insan penyayang.
2. Eye contact
Pandang mata anak kita setiap kali mereka memanggil, ummi, ibu, emak, mummy, ayah, abah, daddy, walid, abi.
3. Sentuh
Sentuh dan belailah anak kita sekerap yang mungkin terutama di bahagian kepala. Anak akan merasa kehangatan kasih seorang ibu/ayah.
4. Peluk
Peluk anak akan membuatkan jantung dan hati anak lebih rapat dengan naluri ibu/ayah.
5. Cium
Cium anak untuk bermesra dan menghargai kehadiran mereka.
6. Borak
Komunikasi dengan anak akan membuat anak kita taat dan patuh kepada kita.
7. Geletek
Cara paling mudah bergurau dengan anak ialah dengan menggeletek anak untuk lahirkan suasana ceria.
8. Positive words
Bertuturlah dengan kata-kata yang positif sahaja, supaya anak akan bertutur bahasa yang sangat baik. Jangan sesekali mencarut di depan anak. Banyakkn beristighfar.
9. Holding hands
Peganglah tangan anak kita supaya mereka tahu kitalah sebaik-baik pembimbing mereka.
10. Don't ever screaming
Jangan / elakkan menjerit walaupun marah.. (Saya suka sangat menaikan suara kalau marah, astaghfirullahalaziimm). Anak-anak akan turut menjerit jika dia marah sebab dia ingat menjerit itu boleh dan diharuskan. Maklumlah dia tengok emak dia asyik menjerit kalau marah.
Jom amalkan bersama-sama.. Yang no. 10 saya masih fail.. Ya Allah.. Jauhilah kami dari sifat marah Ya Allah.. Sesungguhnya marah itu sifat Syaitan..Amiin ya rabbal a'alamiin...
perkongsian yang baik untuk dibaca oleh ibubapa yang baru atau bakal ibubapa.
ReplyDeleteSaya mula bercakap dengan anak saya sejak dia dalam kandungan lagi.