Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

19 May 2014

Berita baik kepada penggemar kopi!

Assalamualaikum..
Di sini saya ingin kongsikan perihal badan kita dan kopi.
Memang kopi itu membuat kita ketagih, dan kadang2 membuat kite gelisah, tetapi kopi mampu memberi kesan kitaran kesihatan yang hebat kepada tubuh kita dari kepala hingga ke kaki. Ini adalah kajian dari Harvard School dan PLoS One. 

GB

Dengan meminum kopi:
1. Mood anda
Risiko tekanan akan berkurang sehingga 20% lebih rendah kepada wanita yang meminum 8 auns kopi 4 kali sehari. 
2. Daya ingatan
200 mg kafein iaitu 8 auns kopi akan meningkatkan daya ingatan jangka panjang.
3. Jantung anda
Dengan 200-300mg kafein sehari, jantung akan berfungsi lebih baik dengan peningkatan aliran darah semasa rehat.
4. Kulit anda
Kesan yang ketara kepada Wanita yang meminum 3 cawan kopi sehari ialah kopi membantu mengurangkan risiko kanser kulit (Basal Cell Carcinoma).
5. Tenaga anda
Dengan meminum 3-4 cawan kopi dalam sejam sebelum senaman anda akan mampu bertahan lebih lama.
6. Hati anda
Dengan meminum lebih dari 2 cawan kopi sehari akan melindungi diri anda daripada penyakit hati seperti sirosis.
7. Risiko kencing manis
Dengan meminum 6 cawan kopi sehari akan mengurangkan risiko kencing manis jenis ke 2 sebanyak 33%.
8. Kaki anda
Dengan meminum 6 cawan kopi sehari akan mengurangkan risiko penyakit gout sebanyak 59% kepada lelaki. Kopi mampu mengurangkan paras asid urik dalam darah kita.

Sekian.. harap bermanfaat..

10 comments :

  1. skrang sy asyik migrain. sblm tk penah kene. akak sy kata minum cofee even sy tk suka. kalau yg starbuck nye sedap la . hehe. so sy minum la gak nescafe ke. bg migrain ni turun. kalau tk mmg tkleh nak wat keje la.

    ReplyDelete
  2. salam ukhuwah. singgah n follow sini

    dr
    http://afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Banyak kelebihan amalan minum kopi ni, cuma kena kurangkan manis, nanti gula pula yang mudaratkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai mat salleh minum kopi kosong.. Tp kite x le nk telan klu x de gula/susu/creamer huhu

      Delete
  4. saya bukan tahap suka minum tapi dah ketagih. sampaikan minum kopi still mengantuk huhu

    ReplyDelete
  5. Kalau tahap ketagih tu selalunya mmg x memberi kesan ketika mengantuk.. Sebab body kita dah biasa dgn kopi.. tak ade tindak balas yang ketara..

    ReplyDelete
  6. Penggemar kopii.. hehe. kadang kadang kopi tak effect kat orang tu bg tak ngantok,tapi sesetengah org efffect nak buang air.

    ReplyDelete
  7. waaa.. banyak betul manfaat dia. baru tahu ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...