Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

21 May 2014

Kesan GST Kepada Pengguna

Assalamualaikum..

Di sini saya ingin mengajak semua para pengguna membuat kira-kira untuk GST atau dalam Bahasa Melayu CBP. Kadar cukai 6% on multilevel akan memberi impak maksimum kepada kita sebagai pengguna.. Itu bergantung kepada kekerapan dan jumlah barang pengguna membeli barang2 tersebut. Ada yg sebulan sekali, ade yang twice a month, ade yg once a week, ada yang once for a life time.. Ukur baju di badan sendiri..

Barang yang obvious ialah seperti di bawah:

10 very basic/must items untuk si isteri / ummi:
1. Baju Kurung 
2. Blouse
3. Jubah / dress
4. Tudung
5. Seluar
6. Skirt
7. Kasut
8. Beg tangan
9. Perfume
10. Jam

10 very basic/must items untuk si suami / ayah:
1. T-Shirt
2. Short pants
3. Kemeja
4. Seluar
5. Kasut sukan
6. Kasut kerja
7. Selipar
8. Perfume
9. Hair gel
10. Jam tangan

10 very basic/must items untuk SEORANG anak:
1. Baju harian
2. Baju sekolah
3. Baju tidur
4. Baju raya
5. Pampers
6. Susu formula
7. Food Supplement
8. Alat tulis
9. Buku
10. Beg sekolah

Ok list kat atas ni bukan tepat sangat.. Itu secara general dan rawak sahaja saya masukkan dalam list.. Banyak lagi must buy items actually, especially for 1st baby.. Baby cot, baby carrier, car seat, stroller, high chair, bumboo seat, breast pump and so and so and so forth..Banyak lah.. X mampu nak tulis kat sini..

Untuk pasangan yang hendak kahwin, sila rujuk sini..
Untuk pasangan baru kahwin n nak pindah rumah baru, sila rujuk sini..
Untuk pasangan nak dapat 1st baby, sila rujuk sini..

Abaikan sekejap list ni.. nanti pening..

Jadual 1
Now, back to our topic..
Jadual 1 adalah dirujuk.. Jadual tersebut menunjukkan bagaimana pengiraan CBP dibuat. Di setiap peringkat pembekalan akan dikenakan cukai 6% kecuali peringkat pembekal bahan mentah. Contoh pengiraan di atas, ia bermula dari harga bahan mentah bernilai RM50.00 sehinggalah hasil ataupun harga belian untuk pengguna menjadi RM63.12. Ini hanya nilai CBP yang dikenakan, tidak termasuk lagi keuntungan bersih yang diperoleh dari setiap peringkat. Dari mana lagi pembekal, pengilang, pemborong dan peruncit akan mengaut keuntungan kalau bukan dari pengguna (kita) kan?

Kesimpulannya, kita sebagai pengguna yang bijak pandai mulalah berkira-kira untuk merancang perbelanjaan keluarga sebelum atau pada setibanya CBP pada 1 April 2015 kelak... Jangan sampai kita menjadi mangsa kepada peningkatan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini...

Wallahua'lam..

7 comments :

  1. harap GST dibatalkan...kesian kpd rakyat jelata yg miskin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak mustahil untuk dibatalkan..
      Mungkin duit cukai tu akan digunakan untuk buat madrasah or rumah anak yatim yg canggih ke kan..
      Kita doakanlah sama-sama..
      Amiin..

      Delete
    2. agak mustahil untuk tujuan itu

      Delete
  2. Saya sebagai rakyat malaysia menentang GST.
    Melainkan ekonomi kita semakin kukuh. atau pendapatan per kapita sama hebat seperti singapore.
    kita yang bekerja ada pendapat akan terasa apatah lagi yang gaji seorang baru dalam 700-800.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya..
      Sebab kita semua adalah pengguna..
      Tips: Beli barang sekarang sebelum GST
      Contoh: Baju raya untuk lima tahun akan datang :)

      Delete
  3. New World Order. GST,satu tamparan yang cukup hebat untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Opss.. one of minister said, golongan berpendapatan sederhana ialah golongan yang memiliki sebuah kereta Merc dan sebuah banglo. Kos sara hidup meningkat akan mengakibatkan tekanan dalam kehidupan bagi golongan berpendapatan rendah,jadi tidak mustahil sekiranya masalah sosial semakin bertambah buruk. Dalam buku Kajian Etnik oleh Prof Ulung Shamsul Baharuddin, ada menyatakan kenyataan Tun Mahathir bila ditanya mengenai isu kejatuhan matawang serta isu-isu besar yang kiranya tak perlu saya sebut. Yang menariknya mengenai kenyataan Tun M ialah, asas kepada penyatuan bangsa malaysia ialah ekonomi. dan Tun M yakin bahawa sekiranya ekonomi Malaysia,berada dalam keadaan stabil,yang mana melibatkan kajian etnik dan sosial, selagi itu Malaysia dalam tahap pengurusan ekonomi yang baik. Cause and Effect. Just my opinion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buck,
      Terima kasih untuk perkongsian itu..
      Sama-sama kita fikirkan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...