20 May 2014

'Setulus Kasih Ibu' Contest by Dr. Shikin

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
Dr. Shikin ade buat one contest untuk 90 org peserta.. Saya fikir x salah kalau saya join..

 photo PicsArt_1399658091312_20140510_015633_zps327cecf4.jpg

Emak..
Sembilan bulan saya duduk dalam kandungan emak.. Emak bawak saya setiap saat. Saya lahir dari rahim emak.. Emak menyusukan saya siang dan malam selama dua tahun.. Emak mendidik rohani dan membesarkan jasmani saya dengan amat sempurna. Bermula dari lahir, emak menyekolahkan saya, menghantar saya ke tadika, sekolah rendah, sekolah menengah masuk asrama, ke kolej dan universiti.. Semua itu emak buat sebab emak mahu anak mak ni jadi org yang berpendidikan, solehah, berjaya di dunia dan akhirat.

Namun sepanjang perjalanan yang sukar dan mencabar itu, pelbagai masalah yg timbul dan emak mampu menanganinya dengan bijak dan saksama.. Emak ialah sesempurna insan bagi saya.. Emak hebat dalam segala hal dan urusan.. Bernula dari memasak, bercucuk tanam, jahit pakaian, jual2 (kain n makanan), mengayam tikar, menyulam songket, mengayam ketupat, sehinggalah memasang marmar rumah sendiri.. Banyak lagi yang mak buat, x tertulis olehku duhai emak.. You are the most amazing mom in d world..

Walau siapapun kita,
Walau sehebat manapun kita,
Walau berjaya setinggi langit sekali pun,
Tetapi
Tanpa DOA dan RESTU si IBU yang melahirkan kita
maka tiadalah KEBERKATAN hidup...
Gembirakanlah emak kita selagi dia masih hidup.. Dan tiada balasan yang setimpal kepada emak kita yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kita sehingga kita berjaya..

Wallahualam..

7 comments :

  1. Doa dari ibu, doa yang terbaik untuk anak-anak, mudahan kita berjaya berikan servis yang terbaik buat ibu kita. dalam masa yang sama kita juga doakan untuk anak-anak kita.

    ReplyDelete
  2. Betul Abg DH..
    Anak-anak
    Janganlah kamu fikir kamu berjaya hari ini adalah kerana hebatnya diri kamu, sebenarnya kamu tidak ada apa-apa jika bukan berkat doa ibu bapa kamu walaupun mereka tidak berpelajaran sekalipun..

    ReplyDelete
  3. Selamat bersegmen & Good luck......;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks cik na.. jom la join skali.. end 30th June ni..

      Delete
  4. singgah dari segmen yang sama..goodluck :D
    http://iolacaviarofficial.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Thanx for joining & Good Luck.
    Jemput drop URL Blog @ my Mister Linky's - to ease blogwalking.
    (jika belum..)

    ReplyDelete
  6. Yup..our job is to make them happy too.
    don't leave them even after we have our own family.
    A lot of people are like this - leaving their parents after having their beloved husband/wife & kids.

    ReplyDelete