Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

12 June 2014

Kereta ialah keperluan, tetapi....

Assalamualaikum..
Sebuah kereta adalah merupakan suatu keperluan bagi kita sebagai penduduk di Malaysia. Ini memandangkan keadaan dan situasi yang belum lagi sempurna jika dibandingkan dengan negara seperti Jepun sekiranya kita memilih untuk tidak memiliki sebuah kereta untuk satu keluarga/individu. (Panjang ayat ni.. boleh faham? :))

Kereta menjadi medium untuk kita bergerak dari tempat kediaman ke tempat-tempat yang hendak dituju, antaranya ialah:
  1. Tempat kerja - untuk mereka yang bekerja
  2. Tadika/sekolah/taska/ rumah pengasuh - untuk menghantar anak-anak
  3. Universiti/kolej - untuk pelajar pengajian tinggi
  4. Pusat beli-belah - untuk membeli barang2 keperluan harian di rumah
  5. Pusat pelancongan - untuk melancong, bercuti, berhibur, beriadah dsb


Namun, ramai antara kita tidak sedar bahawa memiliki kereta dengan membuat pinjaman bank itu adalah suatu pelaburan yang kurang bijak (termasuk saya) kerana faedah yang dikenakan bukanlah sedikit, tetapi lebih 20% dari harga asal kereta tersebut jika tiada bayaran muka atau bayaran muka yang sangat rendah. Hendak buat macam mana kan.. Kita yang berpendapatan rendah ini tiada pilihan melainkan buat pinjaman. Mane ade pitih nak bayar secara tunai sebanyak RM58,000.00 atau RM84,000.00. (saya genapkan angka kerana mudah untuk kira-kira)

Daripada pengalaman saya, dulu saya fikir amat berat dan sayang rasanya untuk melaburkan duit yang besar (puluhan ribu) untuk membayar duit muka sebuah kereta. Ternyata fikiran saya dulu amat meleset. (dulu masih buta kira-kira :))

Jom kita buat sedikit kira-kira yang mudah dan asas (dari pengalaman saya sendiri dan rakan sepejabat, sila rujuk Jadual A):
Jadual A
Jadual A ini ialah pengalaman kawan sekerja saya membeli sebuah kereta MyVi pada tahun 2012. Jadi baru dua tahun membayar, ada lagi 7 tahun :) Dan pengalaman saya sendiri membeli kereta Honda City pada tahun 2009, maknanya saya masih berhutang selama 4 tahun lagi.. Perbezaan ketara dua jenis kereta ini ialah pada bonetnya :)

Banyak bukan faedah yang kita tanggung? Jadi sebelum membeli sebuah kereta kita kena fikir panjang. Jika ada pilihan lain, bersusah2 lah dahulu terutama kepada yang bujang dan belia-belia yang baru memulakan kerja. Gunalah kenderaan awam (LRT, bas) atau motor biasa sahaja (untuk kaum adam).
Jadual B
Kita perlu disiplinkan diri untuk mengumpul dan menyimpan duit untuk membayar duit muka yang lebih besar (Rujuk Jadual B). Kumpul duit dahulu selama tempoh 3-4 tahun dan selepas itu melaburlah untuk keuntungan kepada diri kita sendiri. 
Jadual C
Jadual C merupakan kira-kira yang saya buat mengikut kadar faedah semasa dari satu sumber. (Nilai harga kereta saya letak sama sebab senang nak bandingkan). Sila bandingkan jadual A dan C. Kita dapat penjimatan yang amat besar dari sumber faedah yang dibayar iaitu sebanyak RM 9,384.00 untuk sebuah kereta MyVi dan sebanyak RM 18,288.00 untuk sebuah kereta Honda City.

Saya harap contoh pengiraan ini dapat memberi pencerahan kepada pembaca kerana ramai yang membuat pinjaman dengan 0 down payment terutama para graduan yang baru dapat kerja. Berhati-hatilah ye.. Tidak rugi kalau kita tunggu sekurang-kurangnya 3-4 tahun selepas mula bekerja untuk beli kereta. Jangan terburu-buru dengan iklan yang ditawarkan...

Sekian..
Wallahua'lam..

8 comments :

  1. Harga kereta makin lama makin merudum..tak sama dengan harga rumah yang naik berlipat kali ganda. Dah pulak susah nak jual kereta kalau still hutang kat bank. Bukan kita dapat duit..tapi, kene bayar pulak bile kita nak jual kereta (experience sendiri.)

    ReplyDelete
  2. Owh....setuju sgt.tapi dah terjebak...guna smpai lunyai la myvi tu

    ReplyDelete
  3. Memg bile beli.kereta kt bank byk faedah yg kite byr kat diorg

    ReplyDelete
  4. Zamn sekrg memg ramai mcm tuuu..xleh lari doh...xwt pinjmn xleh gerok..

    ReplyDelete
  5. betul tu. tapi nak bersusah payah terlebih dulu memang susah nak disiplinkan diri

    ReplyDelete
  6. hehe... mmg pikir beribu kali nk eli.. cukup la apa yg ada sekarang ni... x fikir nk tmbh lagi.. nice sharing..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...