Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

10 June 2014

Manusia, Harta dan Islam

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahiim..

Saya ingin berkongsi tentang konsep harta dalam Islam yang saya dengar dekat Radio Pilihan Utama saya iaitu Radio Ikim.FM.

Gambar hiasan
Apa itu harta?
Harta dalam Islam ialah barang-barang yang bernilai yang mesti di ganti rugi jika rosak atau hilang.

4 konsep harta dalam Islam:
  1. Semua harta milik Allah s.w.t.; yakni bersifat mutlak
  2. Khalifah di muka bumi; yakni ketua yang mengurus harta dengan baik
  3. Integrasi nilai-nilai akhlak dengan aktiviti ekonomi; yakni akhlak yang baik seperti bijak dan amanah
  4. Sifat-sifat positif dalam menguruskan harta; yakni memanfaatkan harta secukupnya di saluran yang betul dan perlu.

Etika dan peraturan berbelanjaan harta dalam Islam:
  1. Berbelanja dengan niat yang ikhlas dan baik, senang untuk memberi
  2. Berbelanja untuk akhirat - seperti wakafkan harta, bersedekah dan menunaikan umrah
  3. Berbelanja untuk elak kemungkaran dan tidak melampaui batas - jangan berjudi dsb 
  4. Bersederhana dengan perbelanjaan

Pada masa kini, kes-kes rompakan makin berleluasa bukan sahaja di rumah malah di luar rumah, mahupun di tempat awam seperti di stesen minyak.

Kereta, barang kemas, duit cash senang sahaja tergadai oleh manusia-manusia perompak ini. Lebih malang lagi nyawa yang tidak berdosa juga turut tergadai. Nauzubillahiminzalik.

Sama-sama kita amalkan membaca ayat 18 Surah Al-Kahfi untuk melindungi harta benda kita dari dirompak, dicuri atau diganggu oleh orang yang berniat tidak baik. Elok dibaca sebelum hendak tidur atau semasa hendak meniggalkan rumah atau kereta atau harta benda kita..


Maksudnya: Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami membalik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

 Sekian... wassalam..

2 comments :

  1. terima kasih atas perkongsian yg baik nie...in shaa Allah,nur akan amalkan bacaan ayat surah al kahfi nie..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...