Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

26 December 2014

Bayangkan kita di tempat mangsa banjir...

Assalamualaikum...
Saya sebagai saudara seIslam berasa sangat risau dengan keadaan banjir berterusan dari 18/12/2014 sehingga hari ini 26/12/2004 di Kelantan yang makin dahsyat dan merbahaya.. Saya duduk membayangkan jika saya berada ditempat mereka.

Satu daripada kisah mangsa banjir...


Kuala Krai, Kelantan

23/12/2014
Pakcik saudara seorang hamba Allah terkandas di atas bukit dan meninggal kesejukan/sakit. Jenazah hanya dimandikan dengan air banjir dan di kapan kan dengan kain pelikat sahaja. Tanah digali dengan 'cok betul' sahaja dan dikebumikan di situ juga..

Kisah ini amat menyentuh perasaan saya kerana saya bayangkan bagaimana jika jenazah tersebut ialah bapa kita.. Jenazah diuruskan dengan keadaan sedemikian... Nauzubillahiminzalik...

Dan.. saya juga duduk membayangkan jika banjir melanda Putrajaya tempat saya berkerja dan saya sedang menaip entri ini.. Bagaimana saya mendepani arus banjir yang deras sedangkan berenang pun saya tidak tahu.. Bukan sahaja berenang, floating pun saya tidak lulus lagi...

"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu." Amiin.. Surah Hud:44.

Ya Allah..
Redakanlah bencana yang kami alami..
Lindungi lah kami semua..
Elakkanlah dari berlaku bencana-bencana yang lebih besar dari biasa..
Kasihanilah kami semua Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau lah penentu segalanya..
Bantulah kami mangsa-mangsa bencana alam..
Kami bermohon kepada-Mu...

Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,
Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin, 
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....
Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi, 
Kasihilah kami semua, 
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu, kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,
Ya Allah, Ya Tawwab, 
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,
Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami.... Ya Allah..
Amin.... Ya Rabbal Aa'lamiin...

p/s: mari kita sama2 berdoa kepada Allah semoga Allah mendengar dan memakbulkan doa kita.. kisah-kisah banjir lain dalam Facebook dan group wa sememangnya amat menyayat hati kita semua sebagai seorang umat Islam...

6 comments :

  1. keep praying for pantai timur.. sangat menyayat hati.. ada yg dah 2hr xmkn..
    semoga bantuan cepat sampai kpda mreka yg memerlukan..
    Jemput singgah entry shad, Jom Aktifkan Mykad
    #prayforpantaitimur

    ReplyDelete
  2. Amin... semoga diperkenankan

    ReplyDelete
  3. kesian tengok. semoga mereka semua dilindungi Allah selalu. harapnya cepat la pulih.

    ReplyDelete
  4. tak terbayang rasanya. huhu.. banyak gambardan video yang orang share di fb, tu pun dah buat Ros sebak..

    ReplyDelete
  5. sedih tengok penderitaan mangsa banjir.. semoga mereka tabah dalam menjalani kehidupan selepas banjir.. kesian tengok mangsa yang kehilangan tempat tinggal.. macam mana mereka nak teruskan kehidupan mereka dalam serba kekurangan tuh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...