Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

24 January 2015

Minda fikir VS minda tabiat

Assalamualaikum...

Tips Prof Muhaya

1. Minda fikir / minda sedar

Minda fikir adalah 5% dari pusat minda kita.

2. Minda tabiat / minda bawah sedar

Minda tabiat adalah 95% dari pusat minda kita.



Situasi: Kita fikir A. Kita buat B. Kita tidak akan dapat A sekiranya kita buat B. Kita kene ubah cara untuk buat A, supaya dapat A. 

Contoh pertama untuk diri saya. Saya fikir nak bangun pagi 5.30 pagi. Tapi hari-hari tabiat saya, saya bangun pukul 6.30 pagi. Saya kene ubah bangun pukul 5.30 pagi untuk mencapai tujuan dan matlamat; dan saya kene buat berturut-turut selama 21 hari supaya bangun 5.30 pagi menjadi tabiat saya.

Contoh kedua, saya nak baca Al-Quran sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Tetapi setiap hari saya tidak cari dan curi masa untuk baca Al-Quran walaupun lima minit. Saya kene usahakan dan cari masa minimum 5 minit untuk baca Al-Quran, kalau tidak di rumah, di pejabat; untuk mencapai tujuan dan matlamat; dan saya kene buat berturut-turut selama 21 hari supaya baca Al-Quran setiap hari menjadi tabiat saya.

Dalam hidup kita banyak yang kita nak buat, banyak kita nak capai. Nak buat itu nak buat ini. Tapi kita tidak dapat itu dan ini kerana kita tidak buat seperti itu dan ini. Kita tidak akan dapat keputusan yang berbeza jika tindakan dan cara kita masih sama. Kita kene ubah cara, tindakan, solusi dan kemahiran untuk mendapat keputusan/output yang berbeza/lebih baik.

Wallahua'lam.

6 comments :

  1. info bermanfaat thx for sharing =)

    ReplyDelete
  2. Satu perkongsian yang boleh saya ikut :)

    ReplyDelete
  3. betullah... sy pun mcm tu. fikir lain tp buat lain. memg kena train buat smp bjaya apa yg kita fikirkan..tenkiu seb share info bermanfaat ni =)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  4. Dua2 cth tu kena batang hidung saya.
    Thanks SAK. Insyaallah akan dipraktikkan.

    ReplyDelete
  5. nice sharing.. thanks sudi kongsikan.. boleh dijadikan panduan buat diri kita..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...