Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

08 February 2015

Kek Coklat Hari Jadi Kakak Hana

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...menjadi jugak kek besday kakak hana ummi ni..

Serpihan akhir..
So resipi dia ialah:

Bahan A untuk kek:
  1. 200 gram tepung gandum
  2. 200 gram gula icing
  3. 250 gram buttercup
  4. 4 biji telur
  5. Serbuk koko/coklat 
  6. Esen vanila
  7. Serbuk penaik
  8. Sedikit air
Bahan B untuk topping:
  1. Buttercup
  2. Serbuk koko/coklat
  3. Susu pekat manis
Cara buat kek - bahan A:
  1. Masukkan gula icing bersama buttercup. Pukul sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebijik. Pukul sebati.
  3. Masukkan serbuk koko/coklat secukup rasa. Pukul sebati.
  4. Masukkan tepung gandum bersama serbuk penaik. Pukul sebati.
  5. Masukkan esen vanila dengan sedikit air. Pukul sebati.
  6. Sapu loyang dgn sedikit buttercup - petua senang nak keluarkan kek.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dalam oven selama 30-45 minit.
Cara buat topping:
  1. Panaskan buttercup bersama serbuk koko/coklat dengan api perlahan.
  2. Gaulkan adunan.
  3. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati sehingga topping likat.
Setelah kek masak, keluarkan kek dari loyang, tuangkan topping ke atas kek dan sedia untuk dihidangkan :)

Selamat mencuba.

4 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget