08 February 2015

Review: Philips Avent Natural Manual Breast Pump

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah dah lebih lima tahun Breast Pump manual ni berkhidmat dengan cemerlang untuk saya dan sampai sekarang saya masih aktif mengepam. Adik Anas dah nak masuk setahun empat bulan dah. Memang syukur sangat sebab masih boleh mendapat pahala dengan menyusukan anak tercinta. Dulu saya memang nak tukar breast pump kononnya nak buat investment besar la, cita-cita nak beli Medela Free Style.. Nasib baik x jadi huhu.. X pe ada hikmah.. selamat duit saya.. boleh bersedekah kan ? :)

Pam manual ni saya pinjam free je dari kakak saya Kok Mie. Kok Mie beli masa anak buah saya, Hasha Afreena lahir tahun 2007, sekarang kakak Hasha dah darjah dua. Cantik dan bagus sangat kakak Hasha ni. Jadi Hasha ni Allah belum bagi rezeki untuk dapat adik. Itulah jadinya, saya pinjam pam ni lamaaaa betul huhuhu..Jadi hak milik kekal dah huhu..



Kelebihan dan keistimewaan pam ini ialah:
  1. Murah - jika nak banding dengan free style, memang berlipat kali ganda jimatnya.
  2. Ringan - saya tidak suka suka carry mende berat2. Even handbag berat pun x minat.
  3. Mudah - part2 pam ni ckt, x complicated, senang pasang, senang cabut, senang maintain, senang basuh, senang jemur, senang simpan
  4. Compatible - sebab manual, x payah bergantung kepada mana2 sumber tenaga elektrik. Kat mana2 pun bole pam.
  5. Jimat letrik dan bateri
  6. Bantu untuk exercise otot tangan - sebab kene guna kuasa tangan untuk pam. Mende ni amat bagus untuk senaman otot tangan.
  7. Kecil - x perlu beg/ruang besar utk simpan dan bawa.
  8. Natural - tiada ion-ion letrik yang menyentuh / tersentuh /disentuh, lebih selamat, lebih yakin, tiada risiko apa-apa (InsyaAllah)
  9. Tahan lasak - pam ni dah jatuh byk kali, sbb pastik, dan tiada alat motor, tiada risiko rosak
  10. Jimat duit - maintainance kurang sebab risiko utk rosak amat rendah
  11. Selesa dan efisien - sebab dia manual, kita bole adjust ikut keselesaan kita, nak cepat kadar pam, nak laju, nak suck kuat, nak suck slow, ikut masa dan keadaan kadar susu masa tu. Contoh susu tengah amat banyak, kita boleh pam laju ckt, suck kuat skt utk dapat susu maksimum pada masa yang amat singkat. Lima minit boleh dapat lebih lima auns.
Kesimpulan yang saya dapat buat setakat ini, guna untuk tiga orang cahaya mata, Abang Ziqri, Kakak Hana dan skang paling lama guna, Adik Anas; memang Alhamdulillah dan best!

Cuma dia sebelah je pada 1 masa.. tu memang satu antara kelemahan pam ni.. Dan kita x leh menaip masa pam. klau free style bole menaip masa pam.. Tapi kita boleh muhasabah diri dan selawat n zikir masa pam.. Dapat pahala berganda.. InsyaAllah..

Wallahua'alam..

Related topics:

5 comments :

  1. Selalu maria dgr jenama Event the best ..

    ReplyDelete
  2. follow sini #292.hit me back if u free

    ReplyDelete
  3. semoga mendapat saham akhirat bagi setiap susu yang di pam dan diminum bayi

    ReplyDelete
  4. Saya pun guna pam medela manual punya. Mudah nak bawak ke sana sini.

    ReplyDelete
  5. dulu guna yang kena guna bateri.. husband yang belikan.. tak ingat plak jenamanya.. dah lama tak da baby, jadinya ntah ke mana pam tuh..

    ReplyDelete