Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

06 April 2015

Prep for Family Day 2015

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahiim..

Dah dekat dua bulan duk buat persediaan untuk Grand Opening Family Day Keluarga Zaitun & Abdul Kadir yang bakal berlangsung insyaAllah 12 Jun 2015 nanti.. Tema Family Day ini ialah 'Keluarga Sakinah Menuju Syurga'. So antara persediaan yg dibuat:

Senarai Peserta 1
Senarai Peserta 2
Jadi jumlah peserta confirm setakat ni 53 orang :) Venue dah di tempah.

Nota
Jadi untuk permulaan, kami pilih lokasi yang berpatutan, mampu bayar untuk keseluruhan peserta. Harap-harap tidak lah teruk sangat keadaan nya sbb ada tgk review katanya resort ni dah usang. huhu. x pe think beyond positive. Awalnya nak buat 3 hari 2 malam, tetapi ikut jadual majoriti, kita buat 2 hari 1 malam sahaja.
Tentatif yang kami atur:

Tentatif untuk 2 hari 1 malam
Antara acara sukaneka yang dirancang:

Rasional untuk semua peringkat usia
Door gift:
Ambil option choc chip crunchy; beg merah cili polkadot
Door gift yg paling murah yang dijumpai :) Ini ialah item ke-3 daripada 3 items door gift. Item pertama ialah Sejadah Turki, item kedua tart nenas satu balang :)

T-Shirt
Bab t-shirt kakak saya, Kok Mie akan settlekan so kami nak warna merah cili. Cantik kan huhu... So basically semua plan dah cover. Lepas ni buat checklist barang2 untuk sukaneka yg perlu dibawa pula.


Haaa hampir terlupa.. Hamper untuk hadiah sukaneka.. Barang2 nya ialah semua tupperware.. Tunggu nak wrap as hamper je... :)

5 comments :

  1. seronoknya ada family gathering camni, family saya yg kecik kalau berkumpul pun da meriah, kalau ramai2 macam ini, memang akan jd satu pengalaman manis takkan dilupa seumur hidup ni...
    gudluck & all the best, nanti jgn lupa update lg tau, saya nyibuk nak tengok gambar =)

    ReplyDelete
  2. Salam singgah..New follower sini..
    Bestnyer ada family besar kan..Fida pun teringin gak buat majlis mcm ni..tapi bilangan ahli keluarga tak sampai 10 org pun..mama fida anak angkat jer..pastu tunggal pulak dalam family angkat..kalau belah suami pulak...adala dalam 5 keluarga..

    ReplyDelete
  3. Tahniah! tumpang gembira dengan semangat kekeluargaan yang baik macam ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget