Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

01 April 2015

Short Holiday In Jakarta

Assalamualaikum..

Friday kami empat beranak ke jakarta untuk untuk holiday 2 hari 2 malam sahaja (jumpa ayah dorang outstation 2 minggu di sana). So bermula perlepasan kami dgn MH727 jam 10.30 mlm waktu Malaysia. 
Tiga beradik tunggu supper
Jam 12.30 mlm tiba di airport Suekarno Hata, amik taksi regular Bluebird menuju ke Fraser Residence Menteng. Teksi ni kita kena bayar tol sendiri.

Bersamaan MYR 3.96
Anak2 dah ngantuk memang tidur lah dalam teksi. Sampai hotel, ayah deme dah tunggu. Terus angkut masuk bilik. Sampai bilik masing2 segar n excited jumpa ayah katanye, x jadi sambung tdur, duk jumping on the bed la.. Dah penat sangat tdo akhirnya..
Jam 8 pg jakarta, baru bangun > breakfast > terus request nk mandi kolam. Maka terus lah..

Kolam kanak-kanak
Dah puas mandi manda, terus naik atas siap-siap keluar ke Pasar Tanah Abang. Kat sini ummi lepas gian shop sakan, Memang teruja sebab semua baju amatlah murah. Jubah denim kanak-kanak muslimah baru MYR 24.02 satu.. Blouse denim kanak-kanak hanya MYR 17.00 sehelai.. Excited sampai x rasa lapar huhuhu.. Anak-anak kesian sebab lapar n panas.. Ummi pegi tapau nasi uduk (nasi lemak) kat lantai 8 (8th floor) then bg anak-anak makan ngn ayah deme. Adik anas dah kenyang tidur dlm stroller... lama.. good boy.. boleh ummi continue shop lg :)
Sempat jugak beli door gift untuk famili day bulan jun nanti; iaitu sejadah turki, 20 helai dapat RP 670000 bersamaan MYR 9.50. Door gift ni satu untuk satu bilik / satu keluarga. 
Dah puas shop dekat Pasar Tanah Abang ni, kami ke ITC Mangga Dua pula. Kat sini x murah pun rupanya. Just beli food je; iaitu kerepek pisang salai.. sedap sangat harus beli jika ke sini. Dah petang, hampir malam, kami balik hotel, solat siap-siap untuk dinner. 
Kami dinner kat restoran padang, masakan minang dekat tugu tani. Caranya, pelayan restoran akan hidangkan semua iaitu hampir 15 jenis lauk atas meja kita duduk tu, dan kita bole makan apa yg kita berkenan. Dia akan charge apa yang kita makan sahaja. Lauk2 dia insyaAllah & Alhamdulillah semua best. Abang ziqri dan kakak hana makan 2 ketul ayam goreng seorang huhuhuhu... Pastu balik hotel tidur..

Keesokannya hari ke-2 (hari last) huhuhu.. pagi2 plan nak ke Taman Mini Indonesia, x jadi sebab anak2 kecil lagi, x sesuai nak main roller coster, then nak pegi tengok ikan dekat Ancol Sea World. Tapi sebab miss-communication dengan pemandu teksi x jadi pergi sebab yg kami faham under construction; sebenarnya tukar / ambil alih kontraktor baru huhuhu..

Jadi akhirnya pergi sini.

Tugu Monas (Monumen Nasional)
Kat sini very fun during weekend. Macam-macam entertainment ade;
  1. layang-layang
  2. basikal bertiga
  3. motosikal kecil
  4. patung maskot Upin Ipin
  5. patung hantu pocong dewasa
  6. patung hantu pocong kanak-kanak
  7. patung (x tahu nama; x amik gambar)
  8. jualan-jualan yg pelbagai (paling unik kerak telur)
Konon nak masuk naik tugu, tetapi orang nya masyaAllah ramaiii sangat sampai berebut tolak2.. Memang sangat x sesuai.. So kami cari restoran untuk lunch. Dekat Menteng juga, dekat rumah makan garuda, tapi bertentangan, Dapur Indonesia buka 24 jam. Makanan dia banyak nasi goreng. Kali ni order cumi bakar (sotong bakar) abang ziqri suka dan makan semua cumi tu huhuhu. kakak hana dan adik anas makan nasi goreng dan ayam goreng. Dah kenyang kami gerak.

Gerak ke Shopping Mall Sarimah. Kat sini cari souvenir untuk Tok dan Opah, beg kain batik, saiz agak besar. Satu MYR 42.02. Nak beli baju batik, x murah so x jadi la.. huhuhu..Beli blouse kakak hana ada diskon (discount) jadi MYR 40.00.

Rasmi baju baru
On the way balik hotel kami naik kenderaan special iaitu:

Dalam Bajaj Biru
Seronok anak-anak naik ini sebab open air.. Memang kene angin kuat huhu.. Balik hotel main2 dalam bath tub, then tidur sbb malam nak naik flight. So cabaran ummi masa balik lagi mencabar sbb dekat KLIA, dr turun flight ke imiresen kene naik satu escalator tu, ummi dukung adik anas belah kanan, abg ziqri n kakak hana duk dalam stroller then ummi dengan kuatnya sorong stroller menaiki escalator tu, Alhamdulillah Allah tolong.. Terima kasih Allah... Lepas ni nak pegi lagi :) Anak2 semua good n behave.. Sayang kamu semua! Untuk suamiku terima kasih untuk short and precious holiday ni. Nanti bawak kami lagi.. Sampai rumah pukul 2.30 pg. Esok abg ziqri terus pergi sekolah, ummi minta cuti rehat ngn Dr. Chong Klinik Segara :)

2 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...