Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

21 May 2015

Hari Buruh di Menara Berkembar Petronas

Asslamualaikum...
Alhamdulillah.. Banyak setel perkara-perkara dan tugas-tugas penting.. 2 bulan masa yang sangat kritikal untuk kerja-kerja pejabat sebab hari ni hari terakhir berkhidmat dengan kompeni.. 
Ok nak cerita pasal Petronas Twin Tower (PTT)..

Yang beria nak pergi nya adalah ummi.. Anak2 x reti pun.. x faham huhuhu... Ummi beria nak naik PTT sebab tertinggi di Malaysia kan.. nak rasa la naik bangunan tertinggi kononnya.. Dengan x survey apa-apa terus pergi pukul 10 pg.. Kami berlima sampai dalam jam 11 pagi.. Sbenanya nak masuk ada sesi sesi dia. 1 sesi dlm 30 minit sahaja.. so sesi kul 11, 11.30, 12, 12.30 semua dah habis tiket.. Tinggal sesi 2.30 ptg.. so beratur la beli tiket. Kanak-kanak RM13, Dewasa RM25.

Sementara tunggu pukul 2.30 ptg kami pergi lunch dulu 5 beranak. Lunch dekat foodcourt sebelah I-Setan tu, sambil2 tu sempat lah shops n bayar GST lg..ngeee.. Saya amik nasi beriani ayam goreng pastu kene bayar RM3.90 SAHAJA.. masa byr x pk ape.. tgh makan baru fikir balik.. MURAHNYE.. patut amik 2 td.. Husband cakap salah kira tu... huhuhu.. tp mmg dlm resit pun 3.90.. syukur sahajalah :)

Then g solat zohor kt bwh pastu g la naik PTT tu.. sebelum masuk stroller kene tinggal bawah sebab takut ade bom ke dkt stroller tuh hahaahaa.. Masuk diiringi 2 polis, naik tingkat 41, jejantas.. 42 utk staff sahaja.. 41 untuk pelancong.. Jejantas rupanya tergantung di support oleh bola besar katanya.. (baru tahu) memang rasa goyang ckt time angin tiup.. Jejantas ni menghubungkan Tower A n Tower B.. 

Jejantas udara tingkat 41
Kami diberi masa 15 minit untuk bergambar dan meninjau keadaan sekeliling. Sebab lepas ni nak naik tingkat atas 83.. wow :)


Tower sebelah :)


So kat sini boleh nampak seluruh kawasan sekitar.. Putrajaya bangunan kerajaan pun nampak tau.. Pastu ada teropong, teropong la apa yang patut.. kita x tahu pun objek yg kita nampak dlm teropong tu bangunan mana sebenarnya.. sebab objek nampak sangat jelas..

Our model :)
Masa beli tu dapat tiket. Tiket tu ada code yg kita boleh scan dekat tv yang tersedia utk capture moment seperti di atas. Nk pusing tegak ke, terbalik ke, terlentang ke seme boleh :) Anak-anak seronok tengok semua kenderaan jadi kecik dari atas.. banyak la soklan2 pintar yang kami kena jawab dengan jujur dan sabar.. huhuu... pastu ada mesin proses gold coin cop PTT.. skeping RM5.. kene pusing dulu nak design mana, then masuk RM5 pastu pusing lg skali utk cop gold coin tu, pusing kali kedua berat sbb dia tgh gilis kepingan gold tu..

Pengalaman naik PTT selama 30 minit berharga jugak la untuk saya n keluarga.. huhu.. lepas lah hajat nak naik bangunan tertinggi di Malaysia :)

Happy reading,
Suriana



8 comments :

  1. Best jugakkan?? Tak pernah terfikir pulak nak samapi ke atas ni. Kesian

    ReplyDelete
  2. seronoknya.. teringin nak naik, tp tiada keberanian. Asal berdiri kat bawah, dongak ke atas jer dah rasa sayupnya..akhirnya selalu batal niat bila nak naik twin tower ni..tp bile tgk picture anak2 sue relax jer..mungkin auntie namy pun patt cube jugak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba je namy.. masuk lif tu x rase ape pun.. dah sampai atas mesti teruja :)

      Delete
  3. takde kekuatan nk naik tempat tinggi cam tu..seb baik kapal terbang leh naik..hehe

    ReplyDelete
  4. nak beli kat mana tiket? mmg tahu boleh naik, cuma tak tahu mana nak dapatkan tiket. pls share ya

    ReplyDelete
  5. pernah sekali sampai dulu2..lama dah. sampai dah terlupa dah..hmm kena pg lagi ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...