Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."
Showing posts with label Life Style. Show all posts
Showing posts with label Life Style. Show all posts

07 April 2015

Cara Semak GST No.

Assalamualaikum..

Cara nak semak GST No.
Mula-mula tengok dekat resit GST NO.


Then bukak website ni:


Klik dekat 'Lookup GST Status'. Keluar skrin kt bawah:


Dekat GST No. tu, masuk kan seperti tertera di resit dan tekan/press Enter pada keyboard.
Sistem akan paparkan nama pembayar cukai, tarikh daftar dan status GST. 

Kes Fuel Shack di Ayer@8 Putrajaya ni, Taxpayer Name dia bukan Fuel Shack tetapi Groplus F&B. Assumption: Fuel Shack ni anak syarikat Groplus F&B kot.

06 April 2015

Prep for Family Day 2015

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahiim..

Dah dekat dua bulan duk buat persediaan untuk Grand Opening Family Day Keluarga Zaitun & Abdul Kadir yang bakal berlangsung insyaAllah 12 Jun 2015 nanti.. Tema Family Day ini ialah 'Keluarga Sakinah Menuju Syurga'. So antara persediaan yg dibuat:

Senarai Peserta 1
Senarai Peserta 2
Jadi jumlah peserta confirm setakat ni 53 orang :) Venue dah di tempah.

Nota
Jadi untuk permulaan, kami pilih lokasi yang berpatutan, mampu bayar untuk keseluruhan peserta. Harap-harap tidak lah teruk sangat keadaan nya sbb ada tgk review katanya resort ni dah usang. huhu. x pe think beyond positive. Awalnya nak buat 3 hari 2 malam, tetapi ikut jadual majoriti, kita buat 2 hari 1 malam sahaja.
Tentatif yang kami atur:

Tentatif untuk 2 hari 1 malam
Antara acara sukaneka yang dirancang:

Rasional untuk semua peringkat usia
Door gift:
Ambil option choc chip crunchy; beg merah cili polkadot
Door gift yg paling murah yang dijumpai :) Ini ialah item ke-3 daripada 3 items door gift. Item pertama ialah Sejadah Turki, item kedua tart nenas satu balang :)

T-Shirt
Bab t-shirt kakak saya, Kok Mie akan settlekan so kami nak warna merah cili. Cantik kan huhu... So basically semua plan dah cover. Lepas ni buat checklist barang2 untuk sukaneka yg perlu dibawa pula.


Haaa hampir terlupa.. Hamper untuk hadiah sukaneka.. Barang2 nya ialah semua tupperware.. Tunggu nak wrap as hamper je... :)

03 April 2015

Photo shoot with Nicepixel Studio Bangi

Assalamualaikum..

Selepas tengok satu promosi di FB Nice Pixel Studio ni, terus jadi photo shoot kami. Butir-butir iklan spt berikut:



So antara gambar2 yg sempat di shoot seperti:

10 minit pertama
10 minit kedua
minit-minit terakhir
Adik anas ngantuk x boleh bg commitment dah.. Nak balik tdor.. :)

02 April 2015

Amalan untuk Isteri Solehah

Assalamualaikum..
Saya nak berkongsi satu petua; untuk isteri-isteri sentiasa macam anak dara. Petua dari Ustazah Fatimah Az-Zahra. Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan.)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri untuk suami dan untuk kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;


Sila share dan sama-sama amalkan :)

01 April 2015

Short Holiday In Jakarta

Assalamualaikum..

Friday kami empat beranak ke jakarta untuk untuk holiday 2 hari 2 malam sahaja (jumpa ayah dorang outstation 2 minggu di sana). So bermula perlepasan kami dgn MH727 jam 10.30 mlm waktu Malaysia. 
Tiga beradik tunggu supper
Jam 12.30 mlm tiba di airport Suekarno Hata, amik taksi regular Bluebird menuju ke Fraser Residence Menteng. Teksi ni kita kena bayar tol sendiri.

Bersamaan MYR 3.96
Anak2 dah ngantuk memang tidur lah dalam teksi. Sampai hotel, ayah deme dah tunggu. Terus angkut masuk bilik. Sampai bilik masing2 segar n excited jumpa ayah katanye, x jadi sambung tdur, duk jumping on the bed la.. Dah penat sangat tdo akhirnya..
Jam 8 pg jakarta, baru bangun > breakfast > terus request nk mandi kolam. Maka terus lah..

Kolam kanak-kanak
Dah puas mandi manda, terus naik atas siap-siap keluar ke Pasar Tanah Abang. Kat sini ummi lepas gian shop sakan, Memang teruja sebab semua baju amatlah murah. Jubah denim kanak-kanak muslimah baru MYR 24.02 satu.. Blouse denim kanak-kanak hanya MYR 17.00 sehelai.. Excited sampai x rasa lapar huhuhu.. Anak-anak kesian sebab lapar n panas.. Ummi pegi tapau nasi uduk (nasi lemak) kat lantai 8 (8th floor) then bg anak-anak makan ngn ayah deme. Adik anas dah kenyang tidur dlm stroller... lama.. good boy.. boleh ummi continue shop lg :)
Sempat jugak beli door gift untuk famili day bulan jun nanti; iaitu sejadah turki, 20 helai dapat RP 670000 bersamaan MYR 9.50. Door gift ni satu untuk satu bilik / satu keluarga. 
Dah puas shop dekat Pasar Tanah Abang ni, kami ke ITC Mangga Dua pula. Kat sini x murah pun rupanya. Just beli food je; iaitu kerepek pisang salai.. sedap sangat harus beli jika ke sini. Dah petang, hampir malam, kami balik hotel, solat siap-siap untuk dinner. 
Kami dinner kat restoran padang, masakan minang dekat tugu tani. Caranya, pelayan restoran akan hidangkan semua iaitu hampir 15 jenis lauk atas meja kita duduk tu, dan kita bole makan apa yg kita berkenan. Dia akan charge apa yang kita makan sahaja. Lauk2 dia insyaAllah & Alhamdulillah semua best. Abang ziqri dan kakak hana makan 2 ketul ayam goreng seorang huhuhuhu... Pastu balik hotel tidur..

Keesokannya hari ke-2 (hari last) huhuhu.. pagi2 plan nak ke Taman Mini Indonesia, x jadi sebab anak2 kecil lagi, x sesuai nak main roller coster, then nak pegi tengok ikan dekat Ancol Sea World. Tapi sebab miss-communication dengan pemandu teksi x jadi pergi sebab yg kami faham under construction; sebenarnya tukar / ambil alih kontraktor baru huhuhu..

Jadi akhirnya pergi sini.

Tugu Monas (Monumen Nasional)
Kat sini very fun during weekend. Macam-macam entertainment ade;
  1. layang-layang
  2. basikal bertiga
  3. motosikal kecil
  4. patung maskot Upin Ipin
  5. patung hantu pocong dewasa
  6. patung hantu pocong kanak-kanak
  7. patung (x tahu nama; x amik gambar)
  8. jualan-jualan yg pelbagai (paling unik kerak telur)
Konon nak masuk naik tugu, tetapi orang nya masyaAllah ramaiii sangat sampai berebut tolak2.. Memang sangat x sesuai.. So kami cari restoran untuk lunch. Dekat Menteng juga, dekat rumah makan garuda, tapi bertentangan, Dapur Indonesia buka 24 jam. Makanan dia banyak nasi goreng. Kali ni order cumi bakar (sotong bakar) abang ziqri suka dan makan semua cumi tu huhuhu. kakak hana dan adik anas makan nasi goreng dan ayam goreng. Dah kenyang kami gerak.

Gerak ke Shopping Mall Sarimah. Kat sini cari souvenir untuk Tok dan Opah, beg kain batik, saiz agak besar. Satu MYR 42.02. Nak beli baju batik, x murah so x jadi la.. huhuhu..Beli blouse kakak hana ada diskon (discount) jadi MYR 40.00.

Rasmi baju baru
On the way balik hotel kami naik kenderaan special iaitu:

Dalam Bajaj Biru
Seronok anak-anak naik ini sebab open air.. Memang kene angin kuat huhu.. Balik hotel main2 dalam bath tub, then tidur sbb malam nak naik flight. So cabaran ummi masa balik lagi mencabar sbb dekat KLIA, dr turun flight ke imiresen kene naik satu escalator tu, ummi dukung adik anas belah kanan, abg ziqri n kakak hana duk dalam stroller then ummi dengan kuatnya sorong stroller menaiki escalator tu, Alhamdulillah Allah tolong.. Terima kasih Allah... Lepas ni nak pegi lagi :) Anak2 semua good n behave.. Sayang kamu semua! Untuk suamiku terima kasih untuk short and precious holiday ni. Nanti bawak kami lagi.. Sampai rumah pukul 2.30 pg. Esok abg ziqri terus pergi sekolah, ummi minta cuti rehat ngn Dr. Chong Klinik Segara :)

24 March 2015

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

Asslamualaikum..

Perkongsian dari Group WA..

SEMUA PERLU TAHU:
🍃🌿🌾🌹

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!
👳
Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
(Subhanallah: bertepatan dgn sunnah bangun tahajjud)
🌅
5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
(beruntung yg amal bangun subuh)
☕🚴
7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
📖
9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
(sesuai amal dhuha)
🎑💺
Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
🍴
Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
(sunnah Nabi 'tidur ayam' seketika)
🏫☕🍌🍊
3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
🗾🏊🏊🚵
5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
🌇
Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
🏡
9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
🌆
11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
🌃
Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan  kepada penglihatan dan badan lesu.
🔭📚
Itulah ringkasan jadual waktu badan. Kalau dimendalamkan huraian sudah pasti semuanya bersesuaian dgn tuntutan agama Islam.
Wallahu alam.
😊🌏

20 March 2015

Pilihan Raya Setiap Hari

Assalamualaikum..

Tips Prof. Muhaya.

Kita mesti buat pilihan raya setiap saat:
Pilih Iman, Pahala dan Syurga!
Wallahua'lam..

11 February 2015

Jenis Kesihatan Emosi Manusia


Assalamualaikum..

Tips Prof. Muhaya.


  1. Gila - vibration paling rendah.
  2. A - takut bimbang risau kalau, sepatutnya, kalau x jadi macam  mana, kenapa, stress, stress, saya tension, kenapa saya, kenapa bukan orang lain,kenapa asyik saya.
  3. B - orang B tidak stress, neutral. biasa. susah tidak senang pun tidak. tetapi apabila dengar suatu berita, dia akan jadi A. dia reaktif. alamak, kenapa, macam mana.
  4. C - vibration paling tinggi - apa yang berlaku di dunia ini tidak mempengaruhi dunia saya, saya yang mempengaruhi dunia saya; sebab dunia saya dalam fikiran saya. dunia dalaman saya sentiasa tenang. Saya bergantung sepenuhnya kepada Allah dan mencari redha Allah. Tenang dalam semua keadaan.
Jom kita semua jadi C.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...