Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

24 April 2014

Jelly Supplement - Pur-Q Active Kid's Advance (Ziqri's most favaorite)

Pur-Q Active Kid’s Advance

Pur-Q Active merupakan sejenis makanan tambahan berbentuk jeli lembut yang mudah disediakan dan sedap untuk dinikmati. Pastinya jeli lembut ini mudah untuk anak-anak memakannya daripada berbentuk cecair. Ini kerana ramai di antara kanak-kanak sukar menerima makanan tambahan berbentuk cecair yang mana mereka akan menganggap cecair ini ubat dan pastinya tak sedap. Oleh itu, formulasi yang pertama di Malaysia ini berbentuk jeli lembut pastinya akan memudahkan anak-anak memakannya dan ia seakan gula-gula yang kanak-kanak gemari.
Dengan adanya formulasi baru ini dapat membantu anak-anak yang “lembab”, “malas” dan “degil” kepada mencapai tahap yang tinggi dari segi pemikiran mereka. Ini kerana formulasi Pur-Q Active ini adalah merangsang otak anak-anak yang sukar untuk “menangkap” pelajaran yang diajar oleh cikgu di sekolah.

Pur-Q Active Kid's Advance Jelly
Bahan Utama Pur-Q Active Kid Advance
Terdapat 2 bahan utama di dalam Pur-Q Active:
  1. Za’faran 
  2. Garam Bukit
Za’faran
Za’faran merupakan bunga yang termahal di dunia dan dikenali sebagai “King Of Spices”. Kehebatan khasiat bunga za’faran ini diakui oleh ramai pengguna malah diiktiraf sebagai herba yang banyak membantu melawan penyakit. Penggunaan yang sangat meluas seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India sebagai bahan untuk melazatkan masakan atau pewarna disamping khasiat yang menakjubkan untuk badan manusia antaranya:-
  1. Membantu menguatkan INGATAN.
  2. Membantu mencerdaskan MINDA.
  3. Membantu pertumbuhan akal dan fizikal bayi dan kanak-kanak.
  4. Membantu melancarkan aliran darah dan oksigen dalam badan mahupun otak
  5. Kaya dengan vitamin B1 & B2.
  6. Membantu merawat penyakit saraf.
  7. Membantu sistem penghadaman, membuang angin dan asid dalam perut.
  8. Membantu masalah kemurungan dan runsing.
  9. Membantu merawat bengkak hati, hepatitis A & B.
  10. Mmbantu menambah selera makan kanak-kanak.
  11. Menghindarkan masalah demam, batuk dan selesema.
  12. Membantu merawat migrain.
  13. Membantu mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak yang tumbuh gigi.


Garam Bukit
Garam bukit adalah mineral yang dijadikan oleh ALLAH untuk keperluan manusia sejagat. Jisim badan manusia juga memerlukan garam untuk meransang sistem pencernaan dan metabolisme. Darah di dalam badan juga memerlukan garam bagi mengimbangi pHnya.
Amalan Nabi Muhammad S.A.W mencubit sedikit garam sebelum dan selepas makan.

*Dari Abdullah Bin Umar:
“Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (hujan) ke bumi iaitu besi, api , air dan garam.”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya.*

Ternyata, garam mempunyai pelbagai khasiat yang mampu mengubati pelbagai penyakit antaranya:-
  1. Membantu menghubungkan frekuensi arahan terus ke otot dan organ badan semasa otak bekerja.
  2. Membantu menguatkan imunisasi badan.
  3. Membantu mencuci perut.
  4. Membantu menambah tenaga.
  5. Membantu sistem perkumuhan di dalam badan manusia

Bagaimana Pur-Q Active Kid's Advance ini bertindak?
Mudah sahaja. Dengan amalan memakan Pur-Q Active sehari 2 biji sahaja selepas makan pagi, Pur-Q Active ini akan membantu melancarkan oksigen di dalam otak. Ini kerana apabila otak yang menerima oksigen yang cukup, pastinya daya pemikiran mereka akan lebih fokus dan mudah memahami pembelajaran yang diajarkan, malah pelajar akan mudah mengingati ilmu yang diajarkan. Selain itu, sel otak mempunyai kitaran masing-masing. Kitaran ini memerlukan oksigen untuk membantu sel otak ini hidup dan mampu “bekerja”.
Otak seseorang manusia mempunyai berbilion sel dan melebihi populasi manusia di atas muka bumi. Otak merupakan tunjang kepada pergerakan manusia. Kesemua pergerakan badan melalui deria manusia akan membawa ke otak untuk menyampaikan maklumat. Proses ini memerlukan bantuan daripada makanan untuk menghubungkan maklumat ini. Pur-Q membantu mengoptimumkan proses ini ke tahap yang lebih tinggi.
Ia juga membantu dalam perkembangan otak, meningkatkan peredaran darah dan oksigen di dalam otak dan mampu meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran.

Saya mendapat bekalan Pur-Q Active ini dari pengedar yang sah iaitu Puan Norwani Norwi, 0111-2384792 dengan harga RM55.00 sahaja untuk 2 botol = 60 biji jeli.

4 comments :

  1. info yang baik disini..salam ukhwah dari ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ana jingga..
      salam perkenalan..

      Delete
  2. salam ziarah dari blog kak mia...

    selamat berhujung minggu... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget