Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

07 May 2014

Beguk dan Minyak Morhabshi

Beguk

Apakah itu beguk?

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Apakah tanda dan gejala beguk?

Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi:
  • Demam.
  • Sakit kepala.
  • Mulut kering dan hilang selera.
  • Keletihan.
  • Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid.
  • Gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.


Adakah ia satu penyakit yang ringan (biasa)?

Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kala komplikasi juga boleh berlaku seperti:
  • Encephalitis (Pembengkakan pada otak).
  • Meningitis (Pembengkakan pada lapisan otak).
  • Pancreatitis (Inflamasi pada pankreas).
  • Orchitis (Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa.
  • Pekak.

Bagaimanakah ia dirawat?

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan:
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit.
  • Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid.
  • Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melegakan kesakitan.
  • Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.


Bolehkah ia dicegah?

Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps, measles and rubella). Ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.

Sumber : MyHEALTH

Minyak Morhabshi

Minyak Morhabshi
Subhanallah, setelah sembuh dari menderita chicken pox/ cacar air, Hana dijangkiti beguk. Jenuh ummi mencari ikhtiar di internet. Setelah google ummi jumpa satu kisah di sini. Terus saja ummi Whatsapp En. Ham di nombor 0193936172. Beliau terus menghantar sebotol Minyak Morhabshi 30ml berharga RM18.00 di Kastam Putrajaya. Masa tu hujan rintik-rintik. Gigih berniaga dan membeli demi anak tercinta. 

Balik saja rumah, terus ummi sapu dan selawat kat tengkuk Hana. Selepas dua hari amalkan, dengan kuasa Allah Maha Kuasa, Alhamdulillah sihat dah Hana ummi dari penyakit beguk tu.. Nak teleng kepala pun susah masa sakit.. Merengek je dia. Lepas da sihat, Hana kembali ceria seperti biasa. Aktiviti kegemaran die joget inang dan berenang atas lantai.. Alhamdulillah dengan ikhtiar minyak Morhabshi Allah bagi Hana sembuh cepat..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...