Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

05 June 2014

Mohon Redha Allah

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmaanirrahiim...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau ambillah nyawaku di saat Engkau paling redha denganku dan di saat aku paling redha denganMu..Amiin..."


Peringatan untuk kita semua sebagai hamba Allah..
Carilah redha Allah, bukan redha manusia,
Carilah penghargaan Allah, bukan penghargaan dari manusia,
Carilah pandangan Allah, bukan juga pandangan manusia.

Biarlah hina sekalipun di kalangan manusia, jangan sampai hinanya diri di sisi Allah,
Biarpun tidak sempurna kita di mata manusia, biarlah kita sempurna untuk Allah yang mencipta kita,
Biarlah berdepan dengan kemarahan manusia, asalkan jangan sampai mendapat kemurkaan dari Allah,
Hakikat syurga itu milik kekal Allah Ta'ala, bukanlah milik manusia..

Sedarilah bahawa redha, penghargaan dan pandangan manusia itu hanyalah sementara, kerana manusia itu sendiri mudah lupa.
Namun redha, penghargaan dan pandangan Allah itu mendatangkan bahagia, bukan hanya setakat di dunia, namun berpanjangan sehingga di akhirat sana.. MasyaAllah..

Sekian, wassalam..

5 comments :

  1. Suriana, saya baru ingat nak post tajuk macam awak rini. Tapi, x jadi sebab xsempat. Btw..terima kasih kerana mengingatkan kita semua yang mudah lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama..
      Dr. masih boleh kongsikan entri ni :)

      Delete
    2. Owh..ye jugak. Mohon share.
      Thanx ye.

      Delete
  2. biar kita dipandang rendah oleh manusia,tetapi akan di pandang tinggi oleh yang Maha Esa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nur..
      Kita manusia tidak boleh mengharapkan pujian semata-mata.. sebab kita tidak sempurna..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...