Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."
Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

02 April 2015

Amalan untuk Isteri Solehah

Assalamualaikum..
Saya nak berkongsi satu petua; untuk isteri-isteri sentiasa macam anak dara. Petua dari Ustazah Fatimah Az-Zahra. Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan.)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri untuk suami dan untuk kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;


Sila share dan sama-sama amalkan :)

24 March 2015

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

Asslamualaikum..

Perkongsian dari Group WA..

SEMUA PERLU TAHU:
🍃🌿🌾🌹

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!
👳
Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
(Subhanallah: bertepatan dgn sunnah bangun tahajjud)
🌅
5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
(beruntung yg amal bangun subuh)
☕🚴
7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
📖
9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
(sesuai amal dhuha)
🎑💺
Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
🍴
Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
(sunnah Nabi 'tidur ayam' seketika)
🏫☕🍌🍊
3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
🗾🏊🏊🚵
5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
🌇
Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
🏡
9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
🌆
11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
🌃
Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan  kepada penglihatan dan badan lesu.
🔭📚
Itulah ringkasan jadual waktu badan. Kalau dimendalamkan huraian sudah pasti semuanya bersesuaian dgn tuntutan agama Islam.
Wallahu alam.
😊🌏

20 March 2015

Pilihan Raya Setiap Hari

Assalamualaikum..

Tips Prof. Muhaya.

Kita mesti buat pilihan raya setiap saat:
Pilih Iman, Pahala dan Syurga!
Wallahua'lam..

11 February 2015

Jenis Kesihatan Emosi Manusia


Assalamualaikum..

Tips Prof. Muhaya.


  1. Gila - vibration paling rendah.
  2. A - takut bimbang risau kalau, sepatutnya, kalau x jadi macam  mana, kenapa, stress, stress, saya tension, kenapa saya, kenapa bukan orang lain,kenapa asyik saya.
  3. B - orang B tidak stress, neutral. biasa. susah tidak senang pun tidak. tetapi apabila dengar suatu berita, dia akan jadi A. dia reaktif. alamak, kenapa, macam mana.
  4. C - vibration paling tinggi - apa yang berlaku di dunia ini tidak mempengaruhi dunia saya, saya yang mempengaruhi dunia saya; sebab dunia saya dalam fikiran saya. dunia dalaman saya sentiasa tenang. Saya bergantung sepenuhnya kepada Allah dan mencari redha Allah. Tenang dalam semua keadaan.
Jom kita semua jadi C.

Wallahualam.

10 February 2015

Manusia Reactive vs Responsive

Assalamualaikum..

Tips Prof. Muhaya.

Manusia Reactive

Contoh manusia reactive ni macam kucing. Kucing apabila kene pijak ekor, kucing akan cakar kita balik. Jadi kita kalau marah dan panas baran jadi sama macam kucing. Kita tidak perlu marah untuk berdendam. Kita mesti niat hendak membetulkan kesalahan orang.


Manusia Responsive

Contoh pemandu kereta akan gelak apabila terjumpa dengan pembuli jalan raya. Dia akan bersyukur kerana itu satu ujian untuk kesabaran dia. Bila dia bersabar dan mendoakan pembuli itu berubah jadi baik, dia dapat pahala berlipat kali ganda dan dia akan mendapat kasih sayang dari Allah.



Jadi kita kena jadi manusia responsive sepanjang masa kerana manusia yang sabar dan megasihi semua orang akan dikasihi oleh Allah s.w.t.


Wallahualam.. 

07 February 2015

Sabar Vs Redha

Assalamualaikum..

Tips Prof Muhaya.

Pebezaan antara sabar dan redha..



Semoga kita sentiasa redha dengan semua ujian Allah...

Wallahualam..

06 February 2015

Lima 'S' untuk kita bertawadhuk

Assalamualaikum..

Tips Prof. Muhaya.


  1. Senyum
  2. Suka beri salam
  3. Sapa orang
  4. Sopan dan berbudi bahasa
  5. Santuni semua orang
Wallahualam..

26 January 2015

7 tahap manusia

Assalamualaikum..

Tips Prof Muhaya

1. Muslim - Islam; tidak semua orang muslim itu mukmin.
2. Mukmin - beriman; semua orang mukmin itu muslim. Percaya kepada perkara ghaib.
3. Mukhsin - sentiasa baiki amal / berbuat baik sentiasa.
4. Muttaqin - bertaqwa; patuh pada suruhan dan hindar larangan-Nya.
5. Warak - suci ; meninggalkan haram dan syubhah.
6. Zuhud - dia akan rasa dunia tiada apa-apa - seolah-olah di kaki nya sahaja.
7. Soleh - tahap paling tinggi - hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah.


wallahua'lam..

24 January 2015

Minda fikir VS minda tabiat

Assalamualaikum...

Tips Prof Muhaya

1. Minda fikir / minda sedar

Minda fikir adalah 5% dari pusat minda kita.

2. Minda tabiat / minda bawah sedar

Minda tabiat adalah 95% dari pusat minda kita.



Situasi: Kita fikir A. Kita buat B. Kita tidak akan dapat A sekiranya kita buat B. Kita kene ubah cara untuk buat A, supaya dapat A. 

Contoh pertama untuk diri saya. Saya fikir nak bangun pagi 5.30 pagi. Tapi hari-hari tabiat saya, saya bangun pukul 6.30 pagi. Saya kene ubah bangun pukul 5.30 pagi untuk mencapai tujuan dan matlamat; dan saya kene buat berturut-turut selama 21 hari supaya bangun 5.30 pagi menjadi tabiat saya.

Contoh kedua, saya nak baca Al-Quran sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Tetapi setiap hari saya tidak cari dan curi masa untuk baca Al-Quran walaupun lima minit. Saya kene usahakan dan cari masa minimum 5 minit untuk baca Al-Quran, kalau tidak di rumah, di pejabat; untuk mencapai tujuan dan matlamat; dan saya kene buat berturut-turut selama 21 hari supaya baca Al-Quran setiap hari menjadi tabiat saya.

Dalam hidup kita banyak yang kita nak buat, banyak kita nak capai. Nak buat itu nak buat ini. Tapi kita tidak dapat itu dan ini kerana kita tidak buat seperti itu dan ini. Kita tidak akan dapat keputusan yang berbeza jika tindakan dan cara kita masih sama. Kita kene ubah cara, tindakan, solusi dan kemahiran untuk mendapat keputusan/output yang berbeza/lebih baik.

Wallahua'lam.

23 January 2015

Empat kunci kehidupan

Assalamualaikum..
Tips Prof Muhaya.

4 kunci dalam kehidupan manusia bahagia dan tenang.

1. Sentiasa menghormati orang


2. Bersifat jujur dan ikhlas


3. Lemah lembut dan berkelakuan baik


4. Membuat dan memberi manfaat


Wallahualam...

22 January 2015

Makanan untuk jasmani, emosi dan rohani

Assalamualaikum...

Tips Prof Muhaya..

Kita sebagai manusia perlukan tiga makanan:
1. Makananan jasmani


Makanan harian untuk membangunkan dan mengekalkan kesihatan fizikal/jasad/tubuh dan seluruh anggota badan kita. Makan makanan sunnah InsyaAllah menjamin kesihatan kita untuk beribadat lebih kyusuk kepada Allah.


2. Makanan emosi

Cinta, kasih sayang, restu, doa, pujian, layanan lemah lembut dan baik dan penghargaan diri daripada makhluk dan insan. Keluarga - ibu bapa, adik beradik, suami/isteri, anak-anak, sahabat dalam setiap institusi/organisasi pada setiap waktu dan ketika. Semua perkara baik yang kita buat niat kerana Allah.

3. Makanan rohani

Kebergantungan diri kepada Allah. Redha dan kasih sayang yang berpanjangan daripada Allah untuk kita sebagai hamba-Nya yang soleh. Caranya ialahnya semua amalan seharian kita yang kita buat, niat untuk mencari REDHA Allah.

Wallahualam.

16 January 2015

Lupakan 2 Ingat 2

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim..

Orang yang menang ialah orang yang sentiasa tenang...
Tips utk tenang dan menang...

Lupakan dua perkara:
  1. Lupakan semua kejahatan orang terhadap kita
  2. Lupakan semua kebaikan kita terhadap orang
Ingat dua perkara:
  1. Sentiasa ingat semua kejahatan kita terhadap orang
  2. Sentiasa ingat semua kebaikan orang terhadap kita



15 January 2015

Ladang Pahala dan Pencen Kubur

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Masa buat LASIK last time, Prof Muhaya hadiahkan CD dan buku kpd saya.. saya dlm proses utk berkongsi ilmu dan menulis isi-isi nya dlm blog sy ni..
Jadi sy mula sikit -sikit dulu ye. Jadi yg selalu Prof sebut ialah:

1. Ladang Pahala

Apa yang dimaksudkan dgn ladang pahala ialah ilmu yakni kata-kata kita yg kita ucapkan yang baik2 dan jadi panduan untuk org sekeliling kita. Contoh pertama cikgu, cikgu yg bagi nasihat utk 30 org murid dalam satu kelas dan 30 org murid ini igt dan sampaikan pula kpd org sekelilingnya.. konsep MLM lah kt cni. so kita sbg org kat ats yg mula2 mengucapkan kata-kata baik dpt ganjaran pahala berlipat kali ganda dr Allah. Impact nya sangat besar.. sebab tu istilah dia ladang.. same goes to doctor, yg mana doktor akan jumpa berapa org pesakit stp hari dan MLM tu akan berkembang dan terus berkembang.. 

2. Pencen Kubur
Yang ini ada kaitan dgn ladang pahala td, sebab bila kita yg menyampaikan ni, dah meninggal dunia, tapi kata-kata baik kita tetap di sebut di ingati dan di amalkan sepanjang masa, dan ganjaran itu tetap kita dapat walaupun kita dah berada alam barzakh.. jadi amalan mulia itu menjadi bekal yg menjamin kebahagiaan dan ketenangan kita di alam selepas mati....


Pilihan di tangan kita.. jadi ucaplah perkara-perkara baik yg berunsur nasihat sahaja supaya kita dpt cipta byk ladang pahala dan menambahkan pencen kubur kita.. tp x semestinya kita bkn doktor atau cikgu, kita x dpt buat semua tu kan :) sama-sama renungkan, fikir dan bertindak!


23 December 2014

Apabila kita istiqamah/konsisten

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
Saya nak share ckt apa yg saya dengar dkt ikim pagi ni.

Ustaz Zul Ramli kata, kita akan memdapat tiga benda jika kita melakukan menda baik secara konsisten/istiqamah; iaitu:

  1. Keberkatan
  2. Ketenangan
  3. Kekuatan
Tips: Saya selalu praktikkan istighfar dan zikir setiap kali memandu pergi dan balik kerja dan itu cukup memberikan keberkatan, ketenangan dan kekuatan untuk saya setiap hari.


28 October 2014

Empat Fungsi Utama Kuku Manusia

Assalamualaikum...

Tahukah kita bahawa kuku mempunyai fungsi yang membantu kerja seharian kita; antaranya:
  1. Menggaru ketika gatal
  2. Cuci dan bersihkan rambut dan kulit kepala daripada kelemumur
  3. Buka penutup bekas makanan
  4. Menunjukkan tahap kesihatan tubuh manusia

Bayangkan jika kita gatal, tiada alat utk menggaru terutamanya ketika digigit nyamuk. Bayangkan jika kelemumur menghantui kita, tiada alat untuk melegakannye..

Jadi jaga kuku kita sebaik mungkin, jangan suka gigit atau makan kuku kita.. Potong lah kuku guna pemotong nya.. jangan biar ia panjang.. jangan simpan...nanti ada makhluk menginap kat situ... kuman suka duduk kat kuku panjang...

Cam ne nak potong kuku.. Boleh rujuk sini.. 

20 October 2014

Anak: Yahudi, Nasrani atau Majusi?

Renungan bersama...

  1. Jangan pukul anak dari lutut keatas
  2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
  3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak...Sabda Rasulullah s.a.w.“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
  4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  5. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
  9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
  20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka,

    Dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”.

Sumber: Facebook.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...