Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

02 April 2015

Amalan untuk Isteri Solehah

Assalamualaikum..
Saya nak berkongsi satu petua; untuk isteri-isteri sentiasa macam anak dara. Petua dari Ustazah Fatimah Az-Zahra. Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan.)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri untuk suami dan untuk kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;


Sila share dan sama-sama amalkan :)

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget