Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

06 August 2014

Niat dan doa ketika wuduk

Ketika ambil wuduk, niatkanlah dalam hati...


  1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
  2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
  3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
  4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
  5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
  6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
  7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".
  8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Sumber: Facebook Prof Dr. Muhaya
Google Image

3 comments :

  1. Alhamdulillah ade buat ni tapi ingat2 lupa.
    So, doa sendiri je. Seb bek ada yang sama..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang baik dan bermanfaat
    Rupanya Suriana follower blog saya yang ke-100 tempoh hari
    Tudak ada yang ke-100 tidak ada yang lain kan?

    ReplyDelete
  3. Arghh suka entri ni penuh manfaat subhsnallah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget