Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

14 October 2014

Berkatkan Pendapatan Kita

Assalamualaikum..

Saya ingin berkongsi ilmu yang saya dengar kat Ikim Segmen motivasi pagi. Saya lupa nama ustaz ni.. Orang utara...

Pendapatan bulanan yg kita dapat kena bahagi fair and square, baru dapat keberkatan dari Allah... Macam mana caranya? Meh saya cite..
  1. 1/3 dari gaji bulanan kita, kita kena simpan atau menabung...
  2. 1/3 lagi, kita kena bersedekah...
  3. Baki 1/3, kita bolehlah berbelanja ye...

Cara di atas ialah cara para alim ulama' membelanjakan harta dan pendapatannya.. Untuk bersedekah tu, ada 4 golongan utama yang kita boleh bersedekahkan untuk mereka:
  1. Ibu bapa
  2. Saudara (adik beradik)
  3. Adik beradik ibu bapa
  4. Anak-anak yatim
Persoalannya, berapakah wang yang kita sedekahkan untuk ibu bapa kita setiap bulan?... Fikir-fikirkan dan selamat beramal...

Wallahua'lam...

1 comment :

  1. tq for sharing...
    sedekah pd ibubapa ikut kemampuan..klo x bg duit..bg brg2 rumah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget