Assalamualaikum..
Tips Prof. Muhaya.
Kita mesti buat pilihan raya setiap saat:
Pilih Iman, Pahala dan Syurga!
Wallahua'lam..
Doa Anak Soleh
"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."
20 March 2015
Pilihan Raya Setiap Hari
19 March 2015
18 March 2015
Berubah Jadi Baik
13 March 2015
Hidup dalam kesedaran
12 March 2015
4 Prinsip Nilai Murni
11 March 2015
Keluarga Ke Syurga
04 March 2015
Rinduu Sangat...
Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahiim..
Ya Allah lamanye tak taip entri... Rindu sangat kat semua rakan2 blog /readers semua.. Moga kita jadi rakan jgk dekat syurga nanti ye... Amiin..
Sebenanya x cukup masa nak curi dlm 24 sehari tu; plus ade byak plak isu2 teknikal/peribadi/kerja yang perlu diselesaikan segera. Minta maaf ye semua :)
BW pun 2-3 mnt je sehari huhu... So sihat semua kan.. Syukur Allah bagi kesihatan, ketenangan dan kebebasan dalam menjalani kehidupan di dunia.. Kita kene tentukan tujuan dan matlamat kehidupan kita.. Pasti kan kita sentiasa cari solusi dan Redha Allah...
Wallahua'laam..
11 February 2015
Jenis Kesihatan Emosi Manusia
Assalamualaikum..
Tips Prof. Muhaya.
- Gila - vibration paling rendah.
- A - takut bimbang risau kalau, sepatutnya, kalau x jadi macam mana, kenapa, stress, stress, saya tension, kenapa saya, kenapa bukan orang lain,kenapa asyik saya.
- B - orang B tidak stress, neutral. biasa. susah tidak senang pun tidak. tetapi apabila dengar suatu berita, dia akan jadi A. dia reaktif. alamak, kenapa, macam mana.
- C - vibration paling tinggi - apa yang berlaku di dunia ini tidak mempengaruhi dunia saya, saya yang mempengaruhi dunia saya; sebab dunia saya dalam fikiran saya. dunia dalaman saya sentiasa tenang. Saya bergantung sepenuhnya kepada Allah dan mencari redha Allah. Tenang dalam semua keadaan.
Jom kita semua jadi C.
Wallahualam.
10 February 2015
Manusia Reactive vs Responsive
Assalamualaikum..
Tips Prof. Muhaya.
Manusia Reactive
Contoh manusia reactive ni macam kucing. Kucing apabila kene pijak ekor, kucing akan cakar kita balik. Jadi kita kalau marah dan panas baran jadi sama macam kucing. Kita tidak perlu marah untuk berdendam. Kita mesti niat hendak membetulkan kesalahan orang.
Manusia Responsive
Contoh pemandu kereta akan gelak apabila terjumpa dengan pembuli jalan raya. Dia akan bersyukur kerana itu satu ujian untuk kesabaran dia. Bila dia bersabar dan mendoakan pembuli itu berubah jadi baik, dia dapat pahala berlipat kali ganda dan dia akan mendapat kasih sayang dari Allah.
Jadi kita kena jadi manusia responsive sepanjang masa kerana manusia yang sabar dan megasihi semua orang akan dikasihi oleh Allah s.w.t.
Wallahualam..
08 February 2015
Review: Philips Avent Natural Manual Breast Pump
Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah dah lebih lima tahun Breast Pump manual ni berkhidmat dengan cemerlang untuk saya dan sampai sekarang saya masih aktif mengepam. Adik Anas dah nak masuk setahun empat bulan dah. Memang syukur sangat sebab masih boleh mendapat pahala dengan menyusukan anak tercinta. Dulu saya memang nak tukar breast pump kononnya nak buat investment besar la, cita-cita nak beli Medela Free Style.. Nasib baik x jadi huhu.. X pe ada hikmah.. selamat duit saya.. boleh bersedekah kan ? :)
Pam manual ni saya pinjam free je dari kakak saya Kok Mie. Kok Mie beli masa anak buah saya, Hasha Afreena lahir tahun 2007, sekarang kakak Hasha dah darjah dua. Cantik dan bagus sangat kakak Hasha ni. Jadi Hasha ni Allah belum bagi rezeki untuk dapat adik. Itulah jadinya, saya pinjam pam ni lamaaaa betul huhuhu..Jadi hak milik kekal dah huhu..
Kelebihan dan keistimewaan pam ini ialah:
- Murah - jika nak banding dengan free style, memang berlipat kali ganda jimatnya.
- Ringan - saya tidak suka suka carry mende berat2. Even handbag berat pun x minat.
- Mudah - part2 pam ni ckt, x complicated, senang pasang, senang cabut, senang maintain, senang basuh, senang jemur, senang simpan
- Compatible - sebab manual, x payah bergantung kepada mana2 sumber tenaga elektrik. Kat mana2 pun bole pam.
- Jimat letrik dan bateri
- Bantu untuk exercise otot tangan - sebab kene guna kuasa tangan untuk pam. Mende ni amat bagus untuk senaman otot tangan.
- Kecil - x perlu beg/ruang besar utk simpan dan bawa.
- Natural - tiada ion-ion letrik yang menyentuh / tersentuh /disentuh, lebih selamat, lebih yakin, tiada risiko apa-apa (InsyaAllah)
- Tahan lasak - pam ni dah jatuh byk kali, sbb pastik, dan tiada alat motor, tiada risiko rosak
- Jimat duit - maintainance kurang sebab risiko utk rosak amat rendah
- Selesa dan efisien - sebab dia manual, kita bole adjust ikut keselesaan kita, nak cepat kadar pam, nak laju, nak suck kuat, nak suck slow, ikut masa dan keadaan kadar susu masa tu. Contoh susu tengah amat banyak, kita boleh pam laju ckt, suck kuat skt utk dapat susu maksimum pada masa yang amat singkat. Lima minit boleh dapat lebih lima auns.
Kesimpulan yang saya dapat buat setakat ini, guna untuk tiga orang cahaya mata, Abang Ziqri, Kakak Hana dan skang paling lama guna, Adik Anas; memang Alhamdulillah dan best!
Cuma dia sebelah je pada 1 masa.. tu memang satu antara kelemahan pam ni.. Dan kita x leh menaip masa pam. klau free style bole menaip masa pam.. Tapi kita boleh muhasabah diri dan selawat n zikir masa pam.. Dapat pahala berganda.. InsyaAllah..
Wallahua'alam..
Related topics:
Labels:
Breastfeeding
,
Child
,
Info
,
Life Style
,
Parenting
,
Syukur
Kek Coklat Hari Jadi Kakak Hana
Assalamualaikum..
Alhamdulillah...menjadi jugak kek besday kakak hana ummi ni..
| Serpihan akhir.. |
So resipi dia ialah:
Bahan A untuk kek:
- 200 gram tepung gandum
- 200 gram gula icing
- 250 gram buttercup
- 4 biji telur
- Serbuk koko/coklat
- Esen vanila
- Serbuk penaik
- Sedikit air
Bahan B untuk topping:
- Buttercup
- Serbuk koko/coklat
- Susu pekat manis
Cara buat kek - bahan A:
- Masukkan gula icing bersama buttercup. Pukul sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebijik. Pukul sebati.
- Masukkan serbuk koko/coklat secukup rasa. Pukul sebati.
- Masukkan tepung gandum bersama serbuk penaik. Pukul sebati.
- Masukkan esen vanila dengan sedikit air. Pukul sebati.
- Sapu loyang dgn sedikit buttercup - petua senang nak keluarkan kek.
- Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dalam oven selama 30-45 minit.
Cara buat topping:
- Panaskan buttercup bersama serbuk koko/coklat dengan api perlahan.
- Gaulkan adunan.
- Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati sehingga topping likat.
Setelah kek masak, keluarkan kek dari loyang, tuangkan topping ke atas kek dan sedia untuk dihidangkan :)
Selamat mencuba.
07 February 2015
Sabar Vs Redha
Assalamualaikum..
Tips Prof Muhaya.
Pebezaan antara sabar dan redha..
Semoga kita sentiasa redha dengan semua ujian Allah...
Wallahualam..
Tips Prof Muhaya.
Pebezaan antara sabar dan redha..
Semoga kita sentiasa redha dengan semua ujian Allah...
Wallahualam..
06 February 2015
Lima 'S' untuk kita bertawadhuk
Assalamualaikum..
Tips Prof. Muhaya.
Tips Prof. Muhaya.
- Senyum
- Suka beri salam
- Sapa orang
- Sopan dan berbudi bahasa
- Santuni semua orang
Wallahualam..
05 February 2015
Selamat Hari Lahir Sayang.. Nur Hana Azzalea
Assalamualaikum..
Hari ini 5 Feb 2015, kakak Hana dah genap tiga tahun jagung.. Alhamdulillah.. Doa ummi untuk kakak hana..
"Ya Allah, aku telah kandungkan anak ini dalam rahimku dengan penuh nikmat dan keindahan. Aku bermohon ya Allah sejak anak ini dari kandungan sehingga aku melahirkannya ya Allah, jadilah dari detik itu untuk aku semakin kuat menggandakan abdiku padaMu ya Allah, agar anak ini menjadi anak soleh dan ahli syurga; aku anak yang telah lahir ini juga turut bersama-sama membina dan mengukuhkan ketaatanku padaMu, agar anak kecil ini terus-terusan menjadi hamba yang taat padaMu ya Allah, besar hatinya menegakkan agamanya, di kala disekililingnya ada pendosa dan ahli maksiat, kerana zaman dia membesar adalah akhir zaman, jaga dan peliharakan zuriatku ya Allah, takdirkan jalan hidupnya lurus mentaatiMu, jauhi dia dari kejahatan nafsu yang ada pada dirinya mahupun di sekelilingnya.. Amiin ya Rabbal A'lamin..."
| Kakak Hana ikut Alang & Che De jalan-jalan |
Kek besday kakak, ummi igt ummi nak buat.. Nk try resepi baru.. Klu jadi nnt ummi share kt blog :)
04 February 2015
29 January 2015
28 January 2015
Scaphoid Fracture...
Assalamualaikum..
Suami saya di diagnosed sebagai Scaphoid Fracture dekat tangan kiri.. Alhamdulillah dah selamat menjalani surgical procedure semalam (27/01/2015) dekat Columbia Asia Hospital, Cheras; dengan Dr. Azfar.
Suami: Hmm x sangka kena retak/patah macam ni..
Saya: Huhuhu.. x ape lah bang.. Musibah dari Allah.. Nak hapus dosa lah tu.. Dosa abang kan banyak.. hahahaha
Suami: Ye... Saya redha..
Saya: Alhamdulillah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seminggu sebelum kejadian, 15/01/2015 hampir pukul 12 mlm, selepas balik main bola ngn kwn2 sekolah rendah/menengah.
Saya: Abg, malam jumaat orang tahajud, abg pegi main bola lagi.
Suami: Dah, saya dah tahajud..
Pagi selepas kejadian, 23/01/2015 bangun pagi, selepas main bola lagi malam tadi.
Suami: Yang, tengok tgn sy, bengkak...
Saya: Hahaha.. hmm.. sy suruh tahajud abg g main bola jgk..
Suami pegi klinik sendir, x-ray sah ade fracture.. Saya terkejut dan kesian plak kt laki saya ni, td saya gelak. Dr. kat klinik refer hosp.
Dia pegi plak hosp sendiri and dr advice two option; 1, simen. 2, masuk skru. Sy rushing dr ofis terus g hosp. The we decided utk masuk skru. So kene admit dan jalani prosedur tu...
Moral cerita ni: 1. Nasihat isteri jangan dipandang remeh.. 2. Allah nak tunjuk sekejap je. 3. Bersyukur dengan rezeki lain yang lebih besar Allah bagi, jgn fokus dengan penyakit kecik yg Allah bagi (jangan tye kenapa, x sangka, sepatutnya; jangan pertikaikan apa2 sentiasa ucap Segala puji bagi Allah dan Maha Suci Allah..).
26 January 2015
7 tahap manusia
Assalamualaikum..
Tips Prof Muhaya
1. Muslim - Islam; tidak semua orang muslim itu mukmin.
2. Mukmin - beriman; semua orang mukmin itu muslim. Percaya kepada perkara ghaib.
3. Mukhsin - sentiasa baiki amal / berbuat baik sentiasa.
4. Muttaqin - bertaqwa; patuh pada suruhan dan hindar larangan-Nya.
5. Warak - suci ; meninggalkan haram dan syubhah.
6. Zuhud - dia akan rasa dunia tiada apa-apa - seolah-olah di kaki nya sahaja.
7. Soleh - tahap paling tinggi - hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah.
wallahua'lam..
25 January 2015
Nak beli tak corelle ® livingware winter frost white 76 pc dinnerware set ni?
Assalamualaikum..
Semalam ari kamis ari tu tgk Facebook seriputrashoppe ni. Pastu memang amat tertarik dengan tawaran dan promosi hebat yang diiklankan. Jadi tgh berfikir-fikir utk proceed order Corelle ® Living Ware Winter Frost White 76-pieces Dinnerware set yang sememangnya sangat murah ni.
Dah contact penjualnya, Puan Kathy.
Kat atas ialah Whats-app conversation untuk order.
So gambar produk spt kt bawah:
Jadi sebelum buat payment, survey harga plak dkt amazon, walmart, worldkitechen, alibaba n semua online shop yg available.
Hasil survey memang Seriputrashopped orfer termuarah so far. Dan memang tgh plan nk beli mende ni pun. Jadi boleh proceed byr la by 26 January 2015 esok:)
Ok, sapa nak order jugak, bole contact Puan Kathy, 0173403739.
24 January 2015
Minda fikir VS minda tabiat
Assalamualaikum...
Tips Prof Muhaya
1. Minda fikir / minda sedar
Minda fikir adalah 5% dari pusat minda kita.
2. Minda tabiat / minda bawah sedar
Minda tabiat adalah 95% dari pusat minda kita.
Tips Prof Muhaya
1. Minda fikir / minda sedar
Minda fikir adalah 5% dari pusat minda kita.
2. Minda tabiat / minda bawah sedar
Minda tabiat adalah 95% dari pusat minda kita.
Situasi: Kita fikir A. Kita buat B. Kita tidak akan dapat A sekiranya kita buat B. Kita kene ubah cara untuk buat A, supaya dapat A.
Contoh pertama untuk diri saya. Saya fikir nak bangun pagi 5.30 pagi. Tapi hari-hari tabiat saya, saya bangun pukul 6.30 pagi. Saya kene ubah bangun pukul 5.30 pagi untuk mencapai tujuan dan matlamat; dan saya kene buat berturut-turut selama 21 hari supaya bangun 5.30 pagi menjadi tabiat saya.
Contoh kedua, saya nak baca Al-Quran sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Tetapi setiap hari saya tidak cari dan curi masa untuk baca Al-Quran walaupun lima minit. Saya kene usahakan dan cari masa minimum 5 minit untuk baca Al-Quran, kalau tidak di rumah, di pejabat; untuk mencapai tujuan dan matlamat; dan saya kene buat berturut-turut selama 21 hari supaya baca Al-Quran setiap hari menjadi tabiat saya.
Dalam hidup kita banyak yang kita nak buat, banyak kita nak capai. Nak buat itu nak buat ini. Tapi kita tidak dapat itu dan ini kerana kita tidak buat seperti itu dan ini. Kita tidak akan dapat keputusan yang berbeza jika tindakan dan cara kita masih sama. Kita kene ubah cara, tindakan, solusi dan kemahiran untuk mendapat keputusan/output yang berbeza/lebih baik.
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
















