Assalamualaikum..
Saya nak berkongsi cerita tentang kisah penjual ikan yang saya
dengar dekat Radio Ikim FM, diceritakan oleh Ustaz slot
motivasi pagi.
Kisahnya bermula dengan seorang penjual ikan menjual ikan di
kedai nya di tepi jalan.
Penjual ikan ini meletakkan signboard "Di sini ada jual ikan
segar" di tepi jalan berhampiran kedainya. Kemudian datanglah
seorang pelanggan A yang ingin membeli ikan di kedainya.
Pelanggan A berkata kepadanya "Kenapa letak signboard di sini
jual ikan? memang lah ikan dijual di sini bukan tempat lain"
Penjual ini pun berfikir dan setuju dengan pelanggan A, dan
terus tempah signboard baru iaitu "Jual ikan segar" dan ganti
signboard sebelum ini.
Kemudian datang pula seorang pelanggan B yang ingin membeli
ikan di kedainya.
Pelanggan B berkata kepadanya "kenapa letak signboard Jual ikan
segar?, ikan untuk dijual memanglah segar, mana ada orang jual
ikan busuk"
Penjual ini pun berfikir dan setuju dengan pelanggan B, dan
terus tempah signboard baru iaitu "Jual ikan" dan ganti
signboard sebelum ini.
Kemudian datang pula seorang pelanggan C yang ingin membeli
ikan di kedainya.
Pelanggan C berkata kepadanya "kenapa letak signboard Jual ikan
?. Memang ikan sahaja yang ada di sini, bukannya ayam"
Penjual ini pun berfikir dan setuju dengan pelanggan C, dan
terus mencabut signboard itu.
Sehari demi sehari makin berkuranglah pelanggan yang datang ke
kedainya dek kerana tiada signboard tersebut.
Penjual ikan ini berfikir semula dan menyesal kerana bertindak
mengikut kata orang tanpa fikir panjang..
Kisah ini mengajar kita supaya jangan mudah ambil kisah setiap komen yang diberikan kepada kita terutama komen yang bertujuan menjatuhkan kita sendiri tanpa kita sedari..
Kisah ini mengajar kita supaya jangan mudah ambil kisah setiap komen yang diberikan kepada kita terutama komen yang bertujuan menjatuhkan kita sendiri tanpa kita sedari..
Yup betul tu.. thanks 4 sharing..
ReplyDeletesetuju!!!^_^
ReplyDeleteBerhati2 selalu
ReplyDeleteSetuju.
ReplyDeleteJangan nak ikut sangat cakap orang.
Kalau musykil, rujuklah mereka yang telah berjaya di bidang berkenaan.