Doa Anak Soleh

"Ya Allah Ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.. Amiinn ya Allah..."

10 October 2014

Petua Mengelakkan Demam Kuning Pada Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum...

Untuk mengelakkan Jaundice pada bayi baru lahir, ikuti 7 amalan ibu mengandung ini:
  1. Menelan madu (tanpa air) 3 sudu atau meminum air madu 5 sudu (Pesakit kencing manis tiada masalah untuk minum, malah digalakkan).
  2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur.
  3. Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
  4. Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  5. Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
  6. Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
  7. Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
* Bagi mereka yang mengalami masalah demam kuning ini, antara kaedah yang boleh dilakukan adalah:
  1. Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning. Maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara bahan untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.
  2. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghadapi masalah kuning tersebut.
  3. Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan. Jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 8.30 pagi - 9.30 pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima sinaran cahaya matahari tersebut.
  4. Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya.
  5. Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih paling kurang 7x, setiap pagi - untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan.
Wallahua'lam..

Sumber: Facebook

3 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...